PULANG dengan senyuman dan menggamit 1,001 memori!
Itulah perasaan yang dapat digambarkan wakil Astro Gempak, Kamaruddin Razal, usai Konsert Exists Reunion yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi.
"Saya membesar dengan lagu-lagu kumpulan Exists semenjak mengenali mereka lewat tahun 2001 menerusi album Ada.
"Ketika itu, mereka mencipta fenomena tersendiri dan ia membuatkan lagu Jesnita serta Julia menjadi siulan rakan-rakan di bangku sekolah, hampir setiap hari!
"Semenjak itu, saya menjadi peminat kumpulan ini dan mula mengikuti perkembangan muzik mereka serta mengimbau kembali koleksi lagu-lagu lama mereka yang pernah popular semenjak tahun 1991," katanya.
Sudah lama tidak muncul dengan buah tangan terbaru, peluang untuk menghadiri Konsert Exists Reunion tidak harus dilepaskan untuk kembali mengimbau kenangan!
Buat pertama kalinya dalam sejarah, Konsert Exists Reunion anjuran Shiraz Projects ini menghimpunkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis iaitu Mamat dan Ezad.
Ternyata hujan lebat tidak menghalang orang ramai untuk hadir ke Stadium Malawati bagi menjadi saksi sejarah manis kumpulan Exists mengadakan konsert reunion mereka.
Seawal jam 6 petang, peminat sudah mula membanjiri perkarangan stadium dan keadaan cuaca tidak menjadi alasan untuk mereka menyaksikan gabungan istimewa itu.
Persembahan yang ditampilkan memukau, semuanya cukup rasa dan mereka mantap dalam menghiburkan penonton yang bertandang.
Sistem audio, pencahayaan serta pentas tersergam indah memberikan perisa enak terhadap persembahan tujuh orang anggota Exists yang sangat menghiburkan penonton.
Visual pendek berkenaan perjalanan tujuh anggota Exists Reunion mencuit hati penonton yang hadir, terutamanya kisah Shah yang gemar mengambil foto sendiri serta cerita Ujang yang 'mengenakan' Ajai ketika jam 3 pagi!
Lupakan seketika insiden kontroversi yang dilalui oleh Mamat sebelum konsert reunion ini berlangsung kerana alunan vokal keramat miliknya kedengaran mantap dan langsung tidak menghampakan.
Seperti selalu, Ezad pula berjaya membuai perasaan peminat yang hadir untuk larut dalam emosi setiap bait lirik lagu Exists dengan suara lunak miliknya.
Rangkaian 24 buah lagu yang dipersembahkan semuanya malar segar dan dinantikan peminat yang mahu menyanyi bersama Mamat dan Ezad.
Lagu-lagu seperti Anugerah, Janji Padamu, Percayakan Siti, Kapal Terbang Kertas, Bunga, Seperti Dulu, Masih Terserlah Ayumu, Dirantai Digelangi Rindu, Untukmu Ibu, Mama Tolong Percaya, Julia, Mengintai Dari Tirai Kamar, Langkah Seiringan, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Alasanmu benar-benar mengubat kerinduan mereka yang hadir.
Bait-bait lirik yang dipaparkan di skrin juga turut membantu peminat untuk sama-sama mengadakan 'sesi karaoke' mereka sendiri!
Dalam pada itu, mereka juga mempersembahkan lagu baru mereka, Tak Berakhir yang menggabungkan alunan vokal Mamat dan Ezad.
BACA: "Perkara ini tak seharusnya berlaku..." - Mamat Exists kini hadiri sesi kaunseling
Empat lagu terakhir iaitu Langkah Seiringan, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Alasanmu juga dipersembahkan secara duet oleh Mamat dan Ezad.
Penonton yang hadir pulang dengan senyuman yang puas, gembira kerana dapat menikmati persembahan rangkaian lagu hits Exists ketika zaman membesar, dari remaja menuju dewasa.
Persembahan Exists Reunion harus dikenang sebagai satu konsert yang berjaya dan berada dalam kelas tersendiri!
Foto: Azrul Rafie (Instagram @azrul_rafie)
Gempak
Sun Sep 29 2019
Sistem audio, pencahayaan serta pentas tersergam indah memberikan perisa enak terhadap persembahan tujuh orang anggota Exists yang sangat menghiburkan penonton. - Astro GEMPAK
ASEAN 2025 | 6 Februari 2025
ASEAN 2025 hari ini bersama Essan Yahya membawakan tumpuan berikut:
1) Pembangunan IKN sentiasa dinilai elak pembaziran
2) Banjir: Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
3) Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
1) Pembangunan IKN sentiasa dinilai elak pembaziran
2) Banjir: Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
3) Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Pantau Agenda Reformasi: Perang tarif dan kesan terhadap Malaysia
Dr Md Shukri Shuib, Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM)
Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi
Jasad Zayn Rayyan berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir anak sungai berhampiran Apartment Idaman.
Kemboja sasar pertingkat sektor setaraf piawaian Bank Dunia
Chanthol menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan yang berkaitan dan meminta sokongan Bank Dunia dalam menambah baik sektor logistik Kemboja.
Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Seorang pegawai penguat kuasa direman bagi membantu siasatan kes meminta rasuah kira-kira RM5,000 daripada seorang wanita
Dasar fleksibel pacu pertumbuhan ekonomi Vietnam
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Malaysia bersedia untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi yang mendesak dengan menggariskan tiga keutamaan, sekaligus menafikan Kepengerusian ASEAN tidak mempunyai panduan dan hala tuju yang jelas.
Doa buat Mamat tidak pernah putus untuk kembali ke pentas - Exists
Doa buat vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, agar beliau dapat kembali beraksi di pentas tidak pernah putus.
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
GV10: 'Dah level legend, kenapa nak masuk?' - Ezad Lazim dedah penampilannya tidak diketahui Exists
Ezad percaya penglibatannya di GV10 tidak menjejaskan kedudukannya selaku vokalis kumpulan berkenaan, serta persiapan persembahan yang bakal dilakukan mereka pada masa depan.
Konsert Exists Reunion gamit 1,001 memori
Mereka pernah mencipta fenomena tersendiri dan membuatkan lagu Jesnita serta Julia menjadi siulan rakan-rakan di bangku sekolah, hampir setiap hari!
"Perkara ini tak seharusnya berlaku..." - Mamat Exists kini hadiri sesi kaunseling
Baguslah tu...
28 September, detik penting buat Exists
Konsert Reunion Exists akan menjadi detik bermakna buat kesemua anggota Exists selepas 28 tahun ditubuhkan
Ujang Exists cipta sejarah, muncul dengan kayu dram siri Signature Promark
Apa yang istimewa, Ujang merupakan satu-satunya pemain dram Malaysia yang mempunyai signature stick Promark yang merupakan jenama terkenal di dunia.