KUALA LUMPUR: Dua bintang hebat Malaysia dan Indonesia, Noryn Aziz dan Kris Dayanti bakal bergabung dalam sebuah konsert tidak lama lagi.
Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live in Malaysia menyaksikan diva tersohor Indonesia itu bekerjasama buat julung kalinya dengan bintang jazz dan R&B terkenal Malaysia.
“Konsert ini merupakan ‘customize concert’. Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula diva kesayangan ramai di Malaysia.
"Kami percaya bahawa kolaborasi dua diva ini akan menggegarkan pentas dan pastinya ada kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti," kata Belvas Lee mewakili penganjur, ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM).
Dalam konsert ini, kedua-duanya bakal mempersembahkan rangkaian lagu hit mereka selain beberapa lagu duet.
Konsert Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live in Malaysia akan berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) pada 29 Oktober ini.
Tiket-tiket berharga dari RM288 hingga RM1,188 sudah boleh dibeli bermula hari ini di laman web www.ticket2u.com.my.
Astro Awani
Fri Oct 07 2022
![Kolaborasi Kris Dayanti, Noryn Aziz dalam konsert Duo Diva Kolaborasi Kris Dayanti, Noryn Aziz dalam konsert Duo Diva](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665141136_TBduodiva.jpg)
Konsert Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live in Malaysia akan berlangsung di MIECC pada 29 Oktober ini.
Banjir teruk di Bangladesh, sekolah ditutup, dua juta terperangkap
Wakil kerajaan berkata, situasi banjir di kawasan itu memburuk selepas tebing sungai Brahmaputra pecah berikutan hujan lebat.
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi semula pada Isnin selepas menghentikan sementara perdagangan susulan kebakaran di bangunan tersebut di Karachi.
Trak bantuan terkandas, krisis di Gaza semakin memburuk
Semua trak itu menunggu kebenaran untuk menghantar bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza namun masih belum mendapat lampu hijau untuk berbuat demikian.
[TERKINI] Joe Biden berikrar akan tetap sertai pilihan raya hingga ke penghujung
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berikrar akan menyertai perlumbaan pilihan raya November sehinggi ke penghujung walaupun terdapat segelintir ahli parti Demokrat menggesanya untuk menarik diri.
Srettha, Anwar dijangka bertemu di selatan Thailand bulan depan
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dijangka bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah wilayah di selatan negara itu pada 3 Ogos ini.
Kerajaan cuba selesai masalah rakyat pelbagai kaum
Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada pelbagai kaum di seluruh negara.
NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.