MESKIPUN tiga anaknya aktif di media sosial, Datuk Aaron Aziz mengakui belum terfikir untuk mengupah pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan mereka.
Ini kerana, selebriti berusia 42 tahun ini masih mampu untuk menjaga dan mengawal keselamatan anak-anaknya iaitu Danish Anaqi, 14 tahu, Dwi Ariana,12 tahun, dan Dahlia Arissa, 8 tahun.
"Bodyguard? Tak ada. Belum terfikir pun lagi.
"Insya-ALLAH, saya masih mampu menjaga keluarga," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran program Oh My Family!.
Malah, bintang filem Kau Yang Satu ini menjelaskan media sosial seperti Instagram anak-anaknya hanya wujud selepas mereka faham kebaikan dan keburukan serta fungsinya.
"Bila mereka dah faham, baharulah mereka boleh handle sendiri dan tahu menggunakannya.
"Mereka juga kena pandai menjaga diri di dunia media sosial. Tapi, jika ada yang bersifat melampau, mereka terus mengadu pada saya.
"Saya selalu tekankan sosial media adalah perkara yang kita nak kongsi atau for fun," katanya.
Pada masa sama, Aaron juga memantau penggunaan media sosial anak-anaknya agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan pemikiran dan jati diri.
"So far, saya dan isteri memang dah monitor dari awal. Kita akan selalu check mereka guna sosial media untuk apa. Kadang-kadang, kita juga semak history apa yang mereka cari. Alhamdulillah nothing bad.
"Kita juga hanya benarkan mereka menggunakan handphone dalam tempoh sejam sekiranya di hari biasa. Tapi, jika waktu cuti, kita beri sedikit kebebasan.
"Kita juga sentiasa ingatkan perkara wajib jangan dilupakan terutama mengaji dan solat lima waktu. Jika ingkar, kita rampas telefon berkenaan. Alhamdulillah, mereka dengar kata," katanya.
Mengenai langkah keselamatan pula, bintang filem Tembus ini turut membimbing anak-anaknya dengan menetapkan beberapa perkara.
"Saya selalu ingatkan kalau berpakaian seragam sekolah jangan sesekali muat naik gambar atau meletakkan lokasi sekolah.
"Begitu juga kalau di luar agar tidak menyatakan di mana mereka berada.
"Bagi saya, ini langkah awal untuk mencegah daripada sebarang masalah. Dalam zaman teknologi, apa saja boleh berlaku," katanya.
Pun begitu, Aaron juga menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.
"Saya sentiasa tawakal dan berserah kepada ALLAH.
"Lagipun, kita tak tahu niat orang macam mana," katanya.
Dalam perkembangan lain, Aaron dan anak bongsunya, Dahlia Arissa bakal menjayakan program terbaharu, Oh My Family!
Selain keluarganya, program ini turut menampilkan gelagat anak-anak Datuk Fazley Yaakob, Rita Rudaini, Azad Jazmin dan Aziz M. Osman.
Ia bakal bersiaran di saluran Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ceria (611) pada setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 April depan.
Selain itu, Aaron baharu sahaja terbabit dalam filem aksi Operasi X yang turut menampilkan Datuk Yusof Haslam, Datuk Awie, Hairul Azreen, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.
Sinar Harian
Wed Mar 28 2018
Malah, bintang filem Kau Yang Satu ini menjelaskan media sosial seperti Instagram anak-anaknya hanya wujud selepas mereka faham kebaikan dan keburukan serta fungsinya. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.
Tarik tumpuan dunia, The Experts ditayang di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024
The Experts dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun.
Diganding sebagai abang dan adik dalam ‘The Experts’, Aaron Aziz dedah sisi lain Syafiq Kyle
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Aaron berkata dia dapatBerp
The Experts diserbu! Jadi pilihan warga Johor untuk ditonton di pawagam
Penonton juga memuji karya luar turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.
Aaron Aziz pegang watak 'mastermind' dalam The Experts
Aaron yang memegang watak sebagai abang sulung berkata dia dan semua pelakon juga banyak menghadiri kelas lakonan untuk mencari keserasian bersama.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Aaron Aziz cabar diri, duduk di kerusi pengarah filem kisah cinta
Pelakon berbakat besar itu diberi peluang untuk mengarahkan sebuah filem bertemakan cinta berjudul Sayu Yang Syukur.
Aaron teruja kongsi pentas dengan Chris Hermsworth
Datuk Aaron Aziz menyifatkan peluang bertemu dengan pelakon Chris Hermsworth sebagai sebuah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.