CYBERJAYA: Selepas lebih dua tahun kehilangan isteri, pemain gitar ternama tanah air, Kid Search ditakdir kembali bertemu jodoh.
Kid atau nama sebenarnya, Hamzah Md Taib diijab kabul dengan pilihan hatinya, Hariani Kamaruddin.
Pasangan berkenaan disatukan dalam majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Cyberjaya 10, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Astro AWANI difahamkan, Kid, 57, turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Hariani, 53, yang juga seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian.
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan berkenaan.
Pada 29 November 2021, Kid kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Noraznin Yusof akibat kanser darah myeloma tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Kuala Lumpur.
Astro Awani
Sat Feb 17 2024

Pasangan pengantin baharu, Kid dan Hariani tersenyum manis selepas sah disatukan sebagai suami isteri.

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
[TERKINI] SST kekal, kerajaan tidak bercadang kembalikan GST
Kerajaan belum berhasrat untuk mengembalikan semula GST buat masa ini.
[TERKINI] Tiada Penggantungan lesen terhadap Era FM - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Operasi Puspakom cawangan Wangsa Maju dilanjutkan hingga Jun 2026
Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju hingga Jun tahun depan.

Lesen ERA FM tidak digantung - MCMC
MCMC membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen, Maestra Broadcast Sdn Bhd iaitu pengendali stesen radio ERA FM.

Kerajaan berpuas hati kemajuan pembinaan lima kapal LCS - Khaled Nordin
Kapal LCS pertama dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, dengan kapal kedua diluncurkan pada Mei 2025.

Polis tembak mati penjenayah di Bukit Mertajam
Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di Bukit Mertajam, awal pagi tadi.
AWANI Ringkas: Insiden keselamatan siber tunjuk trend menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kid Search bertemu jodoh dengan guru bahasa Inggeris
Kid dan Hariani diijab kabul dalam majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Cyberjaya 10, hari ini.

Bandi Amuk, FTG, Sil Khannaz kongsi pentas dalam 'Dominasi King Barbarik'
Selepas sekian lama agak tidak menonjol akhirnya mereka ini rupanya akan bergabung dalam satu konsert yang akan diadakan dalam masa terdekat.