BEKAS penyampai radio, Farah Fauzana bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan berusia 30-an pada 17 September ini.
Perkara tersebut disahkan Farah Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd. Fadzil, 36, dalam satu sidang media yang diadakan di De Wan, Neo Damansara pada petang Isnin.
Menurut Farah, lelaki pilihan hatinya itu seorang lelaki bujang dikenali sebagai Hafiz yang berasal dari Perak tetapi menetap di Shah Alam.
"Sukacita saya umumkan yang saya akan melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan saya pada 17 September 2016.
"Majlis akad nikah akan berlangsung pada jam 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi pada pukul 12 tengahari di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara yang akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat-sahabat saya," katanya pada sidang media tersebut.
Tambahnya lagi, dia mengenali Hafiz sejak dua tahun yang lalu sebelum majlis merisik di kediamannya pada Februari lepas.
"Tiada majlis pertunangan selepas ini dan kami mengambil keputusan untuk terus melangsungkan perkahwinan.
"Sepanjang dua tahun perkenalan, selalu juga kami keluar bersama tetapi orang mungkin tidak perasan kerana kami selalunya keluar dengan kawan-kawan yang lain.
"Saya dikenalkan dengan Hafiz oleh seorang teman ketika kami sama-sama menghadiri sebuah majlis. Dari situ kami saling berhubung dan tidak sangka pula kami serasi," katanya.
Farah berkata, keperibadian Hafiz menyebabkan dia terbuka hati untuk menerima kehadiran lelaki tersebut ke dalam hidupnya.
"Hafiz seorang yang pendiam, penyabar dan yang paling penting mempunyai pegangan agama. Kami banyak persamaan dari beberapa sudut cuma dia 'kurang gila'.
"Dia juga seorang yang memahami kerjaya saya dan tidak pernah suruh saya berhenti kerja selepas bergelar isteri nanti," ujarnya.
Dalam pada itu, Farah turut berkongsi tentang ibu dan bapanya yang tidak pernah memberikan tekanan mengenai jodoh.
"Mereka ialah ibu dan bapa paling 'sporting'. Saya bersyukur kerana mereka selalu memberi semangat kepada saya dan menyokong saya selama ini.
"Selalunya yang rajin bertanya tentang perkahwinan ini, makcik-makcik saya," selorohnya.
Terdahulu, menerusi laporan Kosmo Online pada Ahad memberi bayangan Farah Fauzana atau lebih dikenali dengan panggilan FaFau bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat selepas menghantar undangan ke majlis sidang media baru-baru ini menggunakan "RSVP by Fara Fauzana".
Gempak
Mon Aug 01 2016
Farah mengenali Hafiz sejak dua tahun yang lalu sebelum majlis merisik di kediamannya pada Februari lepas. - Foto Astro Gempak
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
Fara Fauzana umum perkahwinan dibatalkan
Farah Fauzana dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dikongsi kepada umum.
Farah Fauzana kahwin ahli perniagaan 17 September ini
Bekas penyampai radio Farah Fauzana bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan berusia 30-an pada 17 September ini.
'Keperibadian Hafiz buat saya terbuka hati untuk menerima kehadiran lelaki' - Farah Fauzana
Bekas penyampai radio, Farah Fauzana bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan berusia 30-an pada 17 September ini.