PENGHASILAN Mahathir: The Journey yang merupakan filem biopik mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya perlu mendapat sokongan daripada semua pihak.
Ini kerana naskhah berkenaan, tidak berniat untuk memburukkan atau mendewakan Perdana Menteri.
Sebaliknya, tegas pengarah Mahathir: The Journey, Prof Dr Hatta Azad Khan, filem itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada negawaran yang telah banyak menyumbang pada kemajuan negara.
Dalam masa sama, sarjana filem terkemuka itu berkata, penghasilan naskhah berkenaan juga adalah sebagai rakaman rujukan buat generasi masa depan mengenai pemimpin Melayu hebat yang pernah dilahirkan oleh negara.
“Pada saya, kita buat benda yang bagus, yang baik. Secara peribadi, saya anggap semua orang perlu sokong kerana beliau (Dr Mahathir) merupakan seorang tokoh yang besar, kisah hidupnya elok dirakamkan dalam bentuk filem untuk (rujukan) generasi masa depan,” kata Dr Hatta kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Beliau yang dipilih untuk menerajui penerbitan Mahathir: The Journey sebagai sutradara berkata demikian sebagai mengulas reaksi anak sulung Perdana Menteri, Datin Paduka Marina bahawa idea penghasilan filem itu tidak mendapat restu keluarganya.
Marina menegaskan, keluarganya tidak suka mana-mana pihak menghasilkan filem biografi, muzikal, kartun atau sapa saja mengenai keluarganya kerana ia hanya akan memalukan.
BACA: Marina anggap filem 'Mahathir, The Journey' memalukan
Tidak hanya sekadar rakaman penghargaan dan sebagai rujukan generasi masa depan semata-mata, penerbitan Mahathir: The Journey juga disifatkan Dr Hatta adalah bertujuan untuk tontonan masyarakat antarabangsa.
Menurut beliau, sebagai negarawan ulung, Dr Mahathir merupakan antara pemimpin dunia yang disegani dan sudah sampai masanya sebuah filem mengenai beliau dihasilkan.
“Rasa hormat, kagum dan pengiktirafan dunia kepada Dr Mahathir tidak mampu kita nafikan. Bahkan, kita rakyat Malaysia juga amat berbangga dengan apa yang beliau sumbang dan lakukan pada negara.
“Justeru, saya secara peribadi berpendapat, ada wajarnya filem mengenai tokoh hebat seperti Dr Mahathir diterbitkan. Lagipun, muzikal mengenai beliau sudah dibuat, buku juga sudah ditulis sebelum ini.
“Kita akan memberitahu sisi lain mengenai Dr Mahathir dan kita tidak mengajak penonton untuk mendewakan beliau,” jelas Dr Hatta mengenai idea dan aspirasnya dalam mencorakkan Mahathir: The Journey yang akan mula menjalani penggambaran sekitar pertengahan Disember ini.
Untuk rekod, Dr Hatta merupakan antara pengarah filem prolifik dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang akademik serta industri seni dan persembahan negara.
Beliau merupakan pengarah sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu terbitan Othman Hafsham (syarikat produksi Cinematic Sdn Bhd) serta filem Mat Som yang diadaptasi dari komik popular Lat.
Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah Istana Budaya pada 2000 – 2005 serta Rektor di Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (Aswara) selain menjadi pensyarah di beberapa universiti.
Dr Hatta juga berkata, filem merupakan wadah terbaik untuk mengekalkan ingatan masyarakat mengenai seseorang tokoh seperti mana yang sering dilakukan oleh karyawan filem dunia.
Dalam masa sama, Dr Hatta memberitahu, Mahathir: The Journey sudah mula menjalani kerja-kerja pra-produksi sejak tujuh bulan lalu.
Skrip filem itu juga, kata beliau, sudah dirombak sebanyak 12 kali sebelum mendapat lampu hijau daripada pejabat Perdana Menteri.
“Sesudah mendapat lampu hijau daripada pejabat Perdana Menteri, kami memulakan kerja-kerja pra-produksi termasuk melakukan pemilihan pelakon. Insya-Allah jika tiada aral, kami menjangkakan file mini akan ditayangkan pada Julai tahun depan sempena ulang tahun kelahiran ke-95 Dr Mahathir,” jelas Dr Hatta mengenai filem yang menelan kos penerbitan sebanyak RM6 juta itu.
Mahathir: The Journey menampilkan pelakon Azhar Amir sebagai Dr Mahathir, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Ning Baizura (Marina Mahathir), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P. Ramee (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan Lisdawati (Nurul Izzah).
BACA: Fauziah Latiff akui gementar diberi watak Siti Hasmah
Saharudin Musthafa
Thu Nov 14 2019

Azhar Amir dan Fauziah Latiff masing-masing memegang watak Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah dalam filem biopik Perdana Menteri, Mahathir: The Journey. - Gambar Astro AWANI
Bandar Algiers anjur iftar mega untuk masyarakat
Majlis Perbandaran Algiers menganjurkan Iftar komuniti pada hari Jumaat (14 Mac) di sepanjang jalan utama pusat bandar, mengumpulkan orang ramai untuk berkongsi makanan dan berbuka puasa semasa bulan suci Ramadan
Ketua Majlis Perbandaran Algiers, Mahdia Benghalia berkata acara tersebut bertujuan untuk mengumpulkan semua lapisan masyarakat dengan hidangan tradisional.
Ketua Majlis Perbandaran Algiers, Mahdia Benghalia berkata acara tersebut bertujuan untuk mengumpulkan semua lapisan masyarakat dengan hidangan tradisional.
Gencatan senjata: Trump hubungi Putin Selasa ini
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendedahkan beliau akan bercakap secara terus dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada 18 Mac ini.
Beliau berkata, perbualan tersebut akan berkisarkan tentang usaha menghentikan perang yang terjadi di Ukraine.
Beliau berkata, perbualan tersebut akan berkisarkan tentang usaha menghentikan perang yang terjadi di Ukraine.
Mangsa cedera kebakaran kelab malam di North Macedonia stabil
Menteri Kesihatan North Macedonia, Arben Taravari memberitahu semua mangsa dirawat akibat cedera dalam insiden kebakaran sebuah kelab malam di Bandar Kocani, dilaporkan stabil.
Trump bertegas tiada pengecualian untuk tarif besi, aluminium
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan tiada keperluan untuk mewujudkan pengecualian berhubung pelaksanaan tarif besi dan aluminium.
Beliau berkata, pelaksanaan timbal balik tarif akan terus dilaksanakan bermula 2 April ini.
Beliau berkata, pelaksanaan timbal balik tarif akan terus dilaksanakan bermula 2 April ini.
Kekejaman zionis, ragut nyawa petugas kemanusiaan MAPIM
Temu bual bersama Ketua Aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Datuk Sani Araby mengenai serangan rejim zionis di Beit Lahiya, Utara Gaza hingga meragut lapan nyawa petugas kemanusiaan MAPIM.
Majikan adalah arkitek tenaga kerja masa depan negara
Golongan majikan perlu melihat peranan mereka bukan sekadar pencipta pekerjaan, tetapi juga sebagai arkitek tenaga kerja masa depan negara.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi tidak wajar dipertimbangkan sebagai sebagai kos perniagaan semata-mata, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang memacu inovasi, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi tidak wajar dipertimbangkan sebagai sebagai kos perniagaan semata-mata, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang memacu inovasi, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.
Tribunal hak cipta bakal terima kes pertama
Malaysia akan mencatat kes pertama di Tribunal Hak Cipta pada 19 Mac, sebagai satu langkah penting dalam perlindungan hak cipta negara.
Sapura Energy belum dihubungi SPRM
Sapura Energy Bhd (SEB) berkata ia belum dihubungi oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya terhadap penyalahgunaan dana yang melibatkan syarikat itu.
Bentang cadangan penambahbaikan, tingkat bayaran balik
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membentangkan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, selepas Aidilfitri ini.
SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilion
Jumlah pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah RM29,752,034,475.13, iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 bilion yang dipercayai diselewengkan.

'Mahathir: The Journey' selesai jalani penggambaran
Naskhah terbitan Reliance Media Group ini antara lain memaparkan kisah sosok Tun Dr Mahathir Mohamad secara dekat menerusi layar perak.

Kenapa filem Tun M diterbitkan? Ini penjelasan pengarah Dr Hatta Azad Khan
PENGHASILAN Mahathir: The Journey yang merupakan filem biopik mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya perlu mendapat sokongan daripada semua pihak