Pelakon Keith Foo didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengaib dan menghina anggota polis trafik ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya, Mac lepas.
Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mahkamah turut memerintahkan pelakon drama bersiri popular 'Ariana Rose' itu dipenjara 10 hari jika gagal membayar denda.
Tunangnya, Kim Raymond yang hadir menemani pelakon itu membayar denda berkenaan.
Artis yang turut membintangi drama bersiri 'Love You Mr Arrogant' itu didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang sopan terhadap Faizul Amri Md Zan bagi tujuan mengaib dan menghina anggota polis itu.
Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Davis, di sini, pada pukul 4.30 pagi, 15 Mac lepas dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Menurut fakta kes, Faizul Amri telah menahan kereta Mercedes-Benz yang dipandu Kim, 30, seorang model, dan Kim didapati positif alkohol dengan bacaan 203mg selepas ujian pantas alkohol dijalankan.
Keith yang ketika itu berada di dalam kereta berkenaan telah keluar dan bertindak memaki hamun polis trafik itu dengan kata-kata kesat.
Ketika rayuan, pelakon itu yang tidak diwakili peguam telah memohon maaf dan memberitahu mahkamah bahawa dia menyesali perbuatannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira pelakon itu tidak menghormati badan penguatkuasaan dan dia sebagai orang yang dikenali ramai sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada umum.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Nur'Aminahtul turut menegur tindakan Keith sebagai perbuatan yang tidak patut dilakukan dengan mengambil kira polis trafik tersebut hanya menjalankan tugasnya.
Bernama
Mon May 25 2015
Pelakon itu yang tidak diwakili peguam telah memohon maaf dan memberitahu mahkamah bahawa dia menyesali perbuatannya itu. - Gambar Fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Keith Foo, Riena Diana akui ada hubungan istimewa
Riena Diana berkata dia telah memilih untuk memfokuskan dirinya bersama Keith Foo dan meminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat hubungan itu.
Keith Foo buang tatu, kini harap dapat bawa pelbagai watak
Menurut Keith, dia hanya mahukan kulit tubuh yang bersih tanpa sebarang tatu dan menegaskan tindakan itu bukan atas permintaan sesiapa.
Langit Cinta: Apa erti 'penantian' untuk seseorang yang setia?
Langit Cinta arahan Osman Ali, filem untuk anda yang sedang dilamun cinta atau sedang tercari-cari erti kasih sejati. Di pawagam mulai 7 Januari 2016.
Keith Foo didenda RM100 kerana maki polis trafik
Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Davis, di sini, pada pukul 4.30 pagi, 15 Mac lepas dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Keith Foo teruja tunang beri 'green light' beli kereta mewah!
Bertuah Keith Foo selain mempunyai tunang yang cantik dan rupawan, buah hatinya itu juga merupakan seorang yang sangat sporting.