Antara yang mendapat perhatian sejak semalam adalah 'perang meriam' antara beberapa portal media hiburan di laman sosial. Antara portal yang terbabit adalah Oh Media, Oh Bulan, Amran Fans dan Rani Kulup Fans.
Sesi cabar-mencabar antara portal-portal hiburan yang mempertandingkan 'meriam' masing-masing. - Foto Facebook
Tidak dapat dipastikan siapa yang memulakan 'perang' ini, tetapi nampaknya ia berjaya mengundang rasa teruja di kalangan pengikut masing-masing.
'Perang meriam' ini tampak meriah dengan sesi cabar-mencabar oleh satu portal kepada satu portal yang lain. Semuanya mendakwa meriam yang dimiliki lebih hebat daripada pesaing mereka.
Menerusi pengamatan, perang ini sudah pun memasuki peringkat separuh akhir dan empat portal telah diundi untuk bersaing di peringkat ini oleh pengikut masing-masing.
Antara komen pengikut masing-masing
Reaksi yang diterima dari netizen sememangnya menggelikan hati. Ada yang melihat langkah ini sebagai satu cara positif untuk memperkenalkan budaya sambutan Hari Raya masyarakat dahulu, biarpun ia merbahaya.
Lebih melucukan, ramai juga yang menyarankan agar 'perang' ini disertai dengan video agar bunyinya boleh didengari, sekaligus membawa kepada penilaian yang lebih adil.