RATU Cantik Filipina, Pia Alonzo, boleh dikategorikan sebagai antara wanita paling bertuah di dunia.
Bukan sahaja ditabalkan sebagai ratu cantik Miss Universe tahun lalu tetapi dia kini juga dikhabarkan telah menjadi ratu hati Dr Mike, seorang doktor perubatan yang dilabel masyarakat sebagai doktor paling tampan di dunia.
Beberapa portal hiburan melaporkan, kedua-duanya mula berpacaran bulan lalu, malah portal Wonderwall mengesahkan Dr.Mike dan Alonzo adalah pasangan kekasih.
Kedua-duanya kini kerap berkongsi foto bersama di akaun Instagram masing-masing, selain video di aplikasi Snapchat.
Alonzo juga sebelum ini dilaporkan meletakkan status 'in a relationship with Mikhail Varshavski' di laman Facebook peribadinya, namun membuang status tersebut selepas beberapa jam ia dimuatnaik.
Namun dalam sesi Facebook Live bersama peminatnya 12 Mac lalu, Alonzo mengakui masih solo dan keutamaannya kini adalah tanggungjawabnya sebagai Miss Universe.
Dr. Mike, atau nama sebenarnya Mikhail Varshavski, merupakan seorang doktor berasal dari Russia, namun kini bertugas dan menetap di New York.
Alonzo pula menggegarkan dunia dengan kemenangan penuh kontroversinya dalam Miss Universe tahun lalu, apabila hos acara, Steve Harvey, mengumumkan nama pemenang yang salah.
Madiha Abdullah
Mon Mar 21 2016
![Kecoh bila Miss Universe bercinta dengan 'doktor paling tampan di dunia' Kecoh bila Miss Universe bercinta dengan 'doktor paling tampan di dunia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458529869_PiaAlonzoWurtzbach.jpg)
Alonzo meletakkan status 'In a relationship with Mikhail Varshavski' di akaun Facebook peribadinya, namun membuang status tersebut selepas beberapa jam. - Gambar fail
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Kecoh bila Miss Universe bercinta dengan 'doktor paling tampan di dunia' Kecoh bila Miss Universe bercinta dengan 'doktor paling tampan di dunia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458529869_PiaAlonzoWurtzbach.jpg)
Kecoh bila Miss Universe bercinta dengan 'doktor paling tampan di dunia'
Beberapa portal hiburan melaporkan Pia Alonzo dan Dr. Mike mula berpacaran bulan lalu.