Antara nama pasangan ibu dan anak yang trending di laman sosial sempena Hari Ibu semalam adalah peragawati terkemuka, Cindy Crawford dan anak gadisnya, Kaia.

Sememangnya kejelitaan Cindy sebagai antara wanita tercantik di dunia tidak dapat dinafikan, maka tidak hairanlah Kaia yang sangat mirip wajah ibunya di zaman muda menjadi perhatian.


Kaia, 13 tahun, merupakan anak bongsu Cindy hasil perkahwinan dengan ahli perniagaan, Rande Gerber. Mereka juga memiliki seorang anak lelaki, Presley.

Potret sempurna keluarga itu dirakam ketika mereka menghadiri tayangan perdana filem Tomorrowland di Los Angeles, Sabtu lepas.



Kaia telah pun memulakan kerjaya modelling tiga tahun lalu apabila dipilih untuk memperaga bagi jenama Young Versace. Sejak itu, wajah Kaia kerap menghiasi majalah terutamanya Teen Vogue.