PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) menetapkan lima pengelasan atau Klasifikasi Filem 2023 yang baharu berkuat kuasa hari ini, selaras dengan keperluan semasa industri perfileman dan penyiaran dalam negara.
Pengelasan itu ialah klasifikasi 'U' bagi penonton semua peringkat umur, 'P12' bagi penonton semua peringkat umur dan bimbingan ibu bapa diperlukan bagi penonton berumur di bawah 12 tahun, '13' bagi penonton berumur 13 tahun ke atas, '16' bagi penonton berumur 16 tahun ke atas dan '18' bagi penonton 18 tahun ke atas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata KDN telah menambah baik klasifikasi filem sedia ada yang dilaksanakan oleh LPF sejak 2012 dengan memperkenalkan Klasifikasi Filem 2023, yang telah diwartakan melalui Peraturan-Peraturan Penapisan Filem (Pengelasan Filem) 2023 pada 9 Jan lepas.
"Prinsip yang diberi keutamaan untuk penentuan klasifikasi filem ialah memelihara kebebasan penonton dewasa untuk memilih filem yang ingin ditonton, melindungi kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun daripada terdedah dengan kandungan filem yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka serta boleh merosakkan pemikiran dan tingkah laku mereka.
"Ia termasuk menggalakkan ibu bapa agar lebih bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak memilih kandungan filem yang sesuai untuk ditonton," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Klasifikasi Filem 2023 itu dihasratkan akan memberi kesan positif dalam aspek penyeragaman dan peningkatan standard klasifikasi filem di Malaysia agar setanding dengan sistem klasifikasi atau penarafan filem yang dilaksanakan di luar negara.
"Selain itu, diharapkan agar Klasifikasi Filem 2023 dapat dijadikan panduan dan rujukan oleh penerbit dan pengarah filem tempatan serta dapat menyokong peluasan kreativiti dalam kalangan industri filem dan penyiaran, namun pada masa yang sama tidak melanggar Garis Panduan Penapisan Filem KDN 2010," katanya.
Pengelasan filem diperkenalkan pada 1953 yang mengelaskan filem kepada dua kategori iaitu Untuk Orang Dewasa Sahaja dan Tontonan Umum dan mulai 1996, pengelasan berubah kepada 'U' dan '18' yang terbahagi kepada empat kategori kecil iaitu '18SG', '18SX', '18PA' dan '18PL'.
Seterusnya, pada April 2010 pengelasan filem berubah kepada 'U', 'PG13' dan 18. Pada Januari 2012 pula, pengelasan berubah kepada seperti sebelum ini iaitu 'U', 'P13' dan '18'.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023
Klasifikasi Filem 2023 dihasratkan akan memberi kesan positif dalam aspek penyeragaman dan peningkatan standard klasifikasi filem di Malaysia.- Fail/REUTERS
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song
Saifuddin Nasution dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengenai penglibatan anggota polis dalam insiden tersebut semasa lawatannya ke Sarawak.
KDN terima maklum balas berkaitan penggunaan kamera badan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima maklum balas baik berhubung projek rintis penggunaan kamera badan terhadap sebilangan pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan itu.
KDN lupus 5.8 tan metrik alat mainan seks bernilai RM1.3 juta
Proses sitaan dan pelupusan diputuskan melalui perintah mahkamah di bawah Seksyen 19(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISB - Saifuddin
Beliau berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.
Tujuh tahun ulang-alik JPN, wanita lega anak angkat dapat dokumen pengenalan diri
Selepas tujuh tahun berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak angkat perempuannya, seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh kad pengenalan hari ini.
KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh yang dikemukakan kepada keluarga dan peguam telah diubah.
Dua lagi Baitul Mahabbah bakal dibuka
Kerajaan akan membuka dua lagi pusat jagaan Baitul Mahabbah yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) khusus untuk kanak-kanak warga asing berumur di bawah 10 tahun.
Mpox: KDN tumpu kawalan di empat pintu masuk utama negara
KDN memberikan tumpuan di empat pintu masuk utama negara dalam usaha membantu Kementerian Kesihatan mengekang penularan mpox atau cacar monyet.