Bekas isteri Tom Cruise dipilih menghiasi kulit majalah Allure edisi April dan di dalam isu tersebut Katie Holmes menceritakan kehidupannya selepas bercerai.

Enggan berbicara mengenai perpisahannya dengan Cruise, Holmes sebaliknya mendedahkan rahsia kejelitaannya.

Tahun lalu aktres berusia 34 tahun ini menjadi perhatian media apabila tampil membantu mangsa taufan Sandy dan kekejaman di Newtown.

Holmes berpisah bersama Cruise pada Jun 2012 selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut ibu kepada Suri, 6, dia mengharapkan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.