Aktor India Selatan, Kamal Hassan harap Malaysia akan membatalkan pengharaman filemnya, “Vishwaroopam” dalam tempoh terdekat.
“Saya sedih beberapa negara seperti Malaysia dan Dubai belum menayangkan filem itu. Alangkah baik kalau mereka benarkan penayangannya," kata beliau pada sidang akhbar di Chennai, Tamil Nadu.
Vishwaroopam, filem thriller pengintip, yang ditulis, diarah dan diterbitkan oleh Kamal Hassan, 58, menghadapi sekatan ekoran bantahan beberapa pertubuhan Islam kerana mengandungi babak dan dialog yang menghina Islam.
Selepas beberapa siri rundingan, beliau bersetuju membuat pengubahsuaian.
Filem itu akhirnya ditayangkan di lebih 500 panggung wayang di Tamil Nadu pada 7 Februari.
Di Malaysia, filem itu ditayangkan mengikut jadual pada 24 Jan, tetapi ditarik balik daripada tayangan pada hari berikutnya atas arahan Kementerian Dalam Negeri.
Dilaporkan filem itu akan ditayangkan semula di Malaysia selepas mengalami 16 potongan, namun tarikhnya belum diumumkan.
Kamal Hassan berkata episod susulan "Vishwaroopam 2" akan diedarkan untuk tayangan tahun ini.
Bernama
Sun Feb 10 2013


Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Tiket harga RM10 temui Rajinikanth, Kamal Hassan
Program dikenali sebagai 'Natchathira Vizha 2018' itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6 Jan tahun depan.

KDN benarkan Vishwaroopam ditayang
Kementerian Dalam Negeri telah membenarkan tayangan filem kontroversi Tamil "Vishwaroopam", berkuatkuasa hari ini.