Mengakui yang hatinya masih belum dimiliki, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Gemilang ini mengakui, dia banyak belajar daripada kesilapan lalu.
"Sejujurnya, saya banyak belajar dari kesilapan lalu. Kalau dulu saya terbuka untuk berbincang mengenai soal hati dan perasaan, kini saya mahu menyimpannya sebagai sesuatu yang peribadi.
"Saya banyak mengambil iktibar dari apa yang terjadi dahulu dan tidak mahu tergesa-gesa. Memori lalu mematangkan saya dan saya tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku dahulu," kata Tasha optimis.