SETELAH sembilan tahun menyulam kasih, pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon Engku Hariz pada Ahad ini.

Sudah lama merancang mendirikan rumah tangga, pasangan ini dikatakan terpaksa menangguh niat tersebut beberapa kali kerana kesibukan kerjaya.

Pada Jumaat malam, Jihan memuat naik kemeriahan majlis malam berinainya dengan tema 'Ratu Kebaya'.

Memilih Laman Qaseh yang terletak di Gombak sebagai lokasi majlis berinai, Jihan nampak anggun mengenakan kebaya nyonya berwarna merah jingga.

Majlis tersebut dihadiri keluarga terdekat dan rakan artis seperti Nabila Huda, Marsha Milan Londoh, Nad Zainal, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

Kredit Foto: Project2pi