Penggerak industri muzik tempatan, Jeremy Little yang aktif menyokong pemuzik indie tempatan dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci Mekah, pada awal pagi Rabu.

Perkara ini disahkan oleh Mufti Ismail Menk di laman Facebook dan Twitternya.

Ismail berkata Jeremy meninggal dunia sewaktu berada di Mekah bagi melakukan Umrah dan tambah beliau Allahyarham meninggal di satu tempat yang suci dan diberkati.


Sementara itu, Jeremy yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios, diingati oleh ramai sahabat handai dan selebriti terkenal yang lain.

jeremy

Laman media sosial dihujani dengan ucapan takziah untuk pemergian beliau.
































Tahlil