Kesibukan bekerja tidak menghalang pelakon dan juga pengacara, Neelofa untuk membuat persediaan bersahur sempena bulan Ramadan yang bermula pada hari ini.

Tidak semestinya dengan hidangan yang berat tetapi cukuplah sekadar pembekal tenaga untuk bekerja seharian.

Foto tersebut dimuat naik oleh Neelofa kira-kira lima jam yang lalu dan mendapat perhatian pengikutnya Instagramnya.

Bukan hanya sekadar foto, Neelofa juga turut berkongsi resepi sahur dan juga tips kepada peminat tersayang.

Menerusi foto tersebut, Neelofa lebih selesa memilih untuk bersahur dengan Kurma, susu dan juga madu.

Layari laman #JendelaRamadan bersama AstroAWANI.com

Menurut Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa ini, bijirin seperti 'oats' merupakan antara pembekal tenaga yang baik selain mudah dan cepat untuk disediakan sewaktu bersahur.

“Eat meals that will be able to sustain your energy throughout the day. Meals like overnight oats, omelettes and sandwiches are good and simple meals to prepare for sahur.

“Having some milk, honey and dates also made a difference in my energy. Give it a try! Blend tiga-tiga ni untuk minum :) #sahur.” tulisnya.


'Neelofa kongsi resepi berasaskan Kurma, Madu dan susu'

Hasil daripada perkongsian itu, pengikut Instagramnya juga tidak sabar untuk mencuba resepi tersebut.

Apa kata anda 'try', pasti sedap kan?