Jenazah Allahyarham Kuswadinata sempurna dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang (1) pada pagi Ahad.
Aktor veteran itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.07 minit petang Sabtu di Hospital Ampang.
Allahyarham menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak 4 tahun lalu.
Pemilik nama Kuswadi Bujang ini menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Kamariah Mohd Said dan seluruh ahli keluarga.
Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Taman Rasmi Jaya dan dikebumikan pagi Ahad.
Jenazah sebelum itu dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang.
Hampir 200 ahli keluarga dan rakan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir termasuk seniwati Mariani dan A. Galak.
Pada 7 Oktober lalu, Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital sama kerana turut mengalami masalah buah pinggang yang kronik.
Allahyarham memiliki empat anak iaitu Irwan, Jasmine, Hafsham dan Rizal hasil perkahwinan dengan Kamariah selama 30 tahun.
Antara filem yang pernah dijayakan pelakon berusia 75 tahun itu seperti "Panca Delima", "Ibu Mertuaku" dan "Kala Malam Bulan Mengambang".
Astro Awani
Sun Feb 17 2013
![Jenazah Kuswadinata selamat disemadikan Jenazah Kuswadinata selamat disemadikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361015663_295x200.jpg)
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361015628_295x200.jpg)
Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia
Pelakon veteran Kuswadinata atau nama sebenar Kuswadi Bujang, meninggal dunia di Hospital Ampang akibat kanser usus dan sakit buah pinggang.