KUALA LUMPUR: DI saat alam semesta ditimpa sakit akibat pandemik durjana COVID-19, rakyat berperang dengan emosi dan mencatu makan minum demi kelangsungan hidup, namun ada segelintir golongan bertindak jelek sekali gus menunjukkan tahap kecerdasan minda mereka sebenarnya sifar!
Platform kitajaga.co yang dibangunkan untuk memberi laluan kepada mereka yang betul-betul memerlukan bantuan bertukar menjadi medan gurauan pihak tidak bertanggungjawab dengan memuat naik mesej atau pesanan yang jijik dan jelek.
Tindakan itu mengundang kemarahan ramai yang mempertikaikan kesanggupan pihak terbabit mempermainkan kesempatan hidup orang lain.
"Mana pergi keprihatinan? Kalau anda turut diuji dengan kesukaran, jangan sampai miskin adab!", antara kata ramai insan yang masih mempunyai hati nurani murni.
Perkongsian selebriti Naim Daniel menerusi Instagram miliknya menerima banyak komen selepas beliau memuat naik imej beberapa individu yang 'merosakkan' platform berkenaan dengan mesej yang langsung tidak boleh diterima akal.
Ramai yang marah dan kecewa apabila mesej sebegitu 'mencuri' kesempatan rakyat yang terdesak dan memerlukan bantuan bekalan makanan untuk suami, isteri, anak, ibu atau bapa mereka.
Benar... di saat begini, ada yang hilang pertimbangan diri, namun jangan sampai hilang harga dan maruah diri biarpun setinggi mana tekanan yang dihadapi.
Jangan menutup laluan rezeki orang lain yang kita tidak tahu mungkin sudah seminggu tidak menjamah makanan atau mungkin bayi di rumah disuakan air kosong sebagai penghilang lapar dan dahaga.
Bukan semua perkara boleh kita jadikan lawak jenaka, berfikir secara terbuka, bukan ikut nafsu semata.
Dalam pada itu, menerusi PEMULIH yang diumumkan baru-baru ini, kerajaan turut memperuntukkan RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen untuk membantu mereka yang memerlukan melalui program Bantuan Bakul Makanan di kawasan mereka.
Ketika ini, kita dapat lihat hampir semua Ahli Parlimen turut berusaha membantu di samping bantuan orang perseorangan melalui platform kitajaga.co yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia yang prihatin.
Astro Awani
Mon Jul 12 2021

Pemberian bakul makanan menjadi satu keperluan asas yang sangat penting sepanjang tempoh pandemik disebabkan ramai rakyat berdepan kesukaran untuk meneruskan hidup. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

"Jangan buat main kesusahan orang lain" - Naim Daniel
Pelakon Naim Daniel menerusi Instagram miliknya menerima banyak komen selepas memuat naik imej beberapa individu yang 'merosakkan' platform Kitajaga.co dengan mesej yang kurang sopan.