PELAKON ternama Hollywood yang juga pemenang Oscar, Jamie Foxx dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital di Georgia, Amerika Syarikat (AS) dan di bawah pemerhatian doktor, kata sumber artis berkenaan kepada portal berita antarabangsa, CNN.
Dalam perkembangan sama, anak pelakon itu, Corinne Foxx yang memuat naik hantaran di akaun Instagram pula berkata, bapanya berdepan dengan ‘komplikasi kesihatan’ dan kini dalam proses penyembuhan.
Corinne, bagaimanapun, tidak menyatakan secara terperinci punca sebenar ayahnya dirawat.
CNN juga melaporkan sudah menghubungi wakil Foxx untuk mendapatkan reaksi mengenai berita tersebut.
Namun, tiada sebarang maklumat berhubung tahap kesihatan Foxx yang dikongsi.
Bahkan, jurucakap Foxx, Alan Nierob juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk apa yang dikongsi Corinne di akaun Instagramnya.
“Tiada apa lagi yang boleh dikongsi setakat ini termasuk apa yang dikongsi (di Instagram),” katanya kepada CNN menerusi e-mel.
Foxx pada ketika ini dilaporkan sedang menjalani penggambaran filem untuk siaran Netflix, Back in Action di Georgia.
Agensi
Thu Apr 13 2023
Jamie Foxx dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital di Georgia, Amerika Syarikat (AS) dan di bawah pemerhatian doktor. - Gambar fail REUTERS
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Jamie Foxx sudah keluar hospital
Anak perempuan Jamie Foxx maklumkan, bapanya telah "keluar dari hospital beberapa minggu lalu dan kini berada dalam fasa pemulihan."
Status kesihatan Jamie Foxx terus menjadi tanda tanya
Tiada sesiapa dalam kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan yang berkongsi keadaan terkini Jamie Foxx sejak dimasukkan ke hospital beberapa minggu lalu.
Jamie Foxx masih menerima rawatan di hospital
Jamie Foxx masih menerima rawatan hampir seminggu selepas dimasukkan ke hospital akibat "komplikasi kesihatan".
Jamie Foxx dimasukkan ke hospital akibat 'komplikasi kesihatan'
Menurut Corinne Foxx, ayahnya kini dalam proses penyembuhan.
Yuna bergaul mesra dengan bintang Hollywood di acara tontonan Oscar
Penyanyi antarabangsa kelahiran Alor Setar mendapat jemputan khas daripada penganjur rasmi Mercedez-Benz untuk hadir dalam majlis viewing party sempena Oscar Academy Awards ke-90