MINGGU lalu pempengaruh Aya Amiruddin tidak dapat beraksi untuk kumpulannya Srivijanda di pentas Mega Spontan 2023 dan malam ini pelakon Datuk Jalaluddin Hassan pula dikhabarkan tidak dapat menyertai kumpulannya Campaktakjauh pula.
Anak kepada Jalaluddin yang dikenal sebagai Zul Qayyum memuat naik foto di TikTok memperlihatkan ayahnya sedang dirawat di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, sejak Khamis.
Dalam masa yang sama, dia juga memohon agar orang ramai mendoakan aktor berusia 69 tahun itu kembali sihat.
“Maaf semua. Minggu ini Abah (Jalaluddin) saya tidak ada di Mega Spontan. Baru dimasukkan ke hospital. Mohon doa daripada semua agar Abah sihat semula dan cepat sembuh. Insya-Allah lepas sembuh, jumpa di Mega Spontan. Terima kasih,” kongsi anaknya.
Pihak produksi Mega Spontan memaklumkan kepada Gempak bahawa isteri Jalaluddin turut mengesahkan suaminya ditahan wad atas sebab masalah kesihatan.
“Datuk Jalal dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan dan sedang menerima rawatan. Harapnya semua doakan yang terbaik kepada team Campaktakjauh,” katanya kepada Gempak.
Sebelum ini kesemua ahli kumpulan Manjakelat, Srivijanda dan Champaktakjauh menarik nafas legas apabila tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu kelima Mega Spontan 2023.
Namun, untuk kali yang kelima, kumpulan Srivijanda sekali lagi diumumkan sebagai pemenang bagi minggu ini, dengan mengungguli tangga tertinggi menerusi markah sebanyak 35.29 peratus.
Pada malam berkenaan, kumpulan Manjakelat yang menduduki tempat kedua menerima markah sebanyak 32.95 peratus manakala Champaktakjauh pula di posisi ketiga dengan markah 31.77.
Sungguhpun Champaktakjauh menduduki tempat terakhir dan sepatutnya dimasukkan dalam Bilik Mega Merenjis, namun, kumpulan berkenaan menggunakan imuniti.
Secara automatik, kumpulan Manjakelat menjalani hukuman disiram cecair hijau dan ulat.
Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk bertanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.
Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Manjakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Champaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.
Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.
Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Imuniti kepada pemain mahupun kumpulan.
Mega Spontan bersiaran secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107). -- Gempak
Gempak
Fri Jun 23 2023

Anak kepada Jalaluddin, Zul Qayyum memohon agar orang ramai mendoakan aktor berusia 69 tahun itu kembali sihat. - Gempak
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.

Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.

Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut
Datuk Jalaluddin Hassan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.

Jalaluddin Hassan dimasukkan ke hospital, tak dapat beraksi minggu keenam Mega Spontan
Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan dikhabarkan tidak dapat menyertai kumpulannya Campaktakjauh di pentas Mega Spontan 2023 malam ini.

'Saya terkejut bila ...' - Syafiq Farhain cerita perkembangan Saleem
Penyanyi Syafiq Farhain akui terkejut apabila diberitahu bapanya, Saleem sudah pun dibenarkan keluar hospital empat hari lalu.

Sujud, permintaan terakhir Hassan Azhari
Selepas Allahyarham meminta untuk sujud beliau sudah tidak boleh bercakap dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur keesokan harinya untuk mendapatkan rawatan.

Hassan Azhari sudah tiada
Tokoh agama Tan Sri Hassan Azhari, 90 tahun meninggal dunia meninggal dunia pada pukul 5.07 petang hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana menghidap kanser limfoma tahap empat.

Jalaluddin Hassan bercakap seorang diri selepas kematian isteri
Ada kisah pilu yang tidak diketahui umum pada pagi sebelum Jalaluddin berangkat ke Masjid Banda Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur untuk bertukar status kembali menjadi suami orang.

Jalaluddin mahu berbulan madu di Moscow tapi...
Selamat bergelar suami isteri, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, 63, menyatakan hasrat untuk 'berbulan madu' bersama isterinya, Rapidah Abdul Ghani, 41, di Moscow, Rusia.

Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami, kerusi urut RM20,000 jadi hantaran
Jalaluddin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Rapidah, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.