Siapa sangka petang Rabu yang mendung merupakan petang terakhir buat Puan Sri Halijah Abdullah menghidangkan juadah minum petang buat suaminya, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Cucur pisang yang sememangnya menjadi kegemaran suaminya itu dihidang dan disuapkan dengan penuh kasih sayang buat 'James Bond Malaya' yang telah lebih lima tahun menderita penyakit Alzheimer.
"Kebiasaannya bermula jam 2:30 petang, Tan Sri Jins akan banyak bercakap sambil mengimbau kenangan lama bersama keluarga sampai jam 9 malam.
"Pada pukul empat petang (Rabu), saya mandikan dia dan bersihkan diri macam biasa dan selepas solat Asar kami minum petang," katanya ketika ditemui media di rumahnya di sini lewat malam Rabu.
BACA: Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia
BACA: Jins Shamsuddin: "Bukit Kepong, Ali Setan akan terus menjadi ingatan"
Katanya, setiap kali Allahyarham banyak bercakap dia akan melayaninya biarpun perkara sama diulang berkali-kali.
"Dia ada cakap nak balik Taiping, mahu jumpa mak ayah, lama tak jumpa katanya tapi dia lupa, mak ayah dia dah lama meninggal dunia.
"Kami ada bawa dia pulang ke Taiping pada Ramadan tahun lepas untuk bagi dia ingat," katanya.
Tambahnya, Jins kurang bercakap pada Rabu tetapi suapan keempat cucur pisang paling tak dapat dilupakannya.
"Suapan keempat cekodok pisang, beliau tersedak, masa tu jam 5 petang.
"Bila tersedak, saya cuba korek mulut dia sambil tepuk belakang badan.
"Biasanya beliau akan buka mulut tetapi tidak pada hari ini. Saya terus minta bantuan jiran dan kami bawa dia ke klinik.
"Ketika dalam perjalanan tangan beliau dah sejuk macam ais. Saya rasa beliau sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
"Sampai saja di klinik, doktor sahkan beliau meninggal dunia selepas empat kali pemeriksaan sebab saya tak puas hati," jelasnya dalam nada sebak.
Beliau disahkan meninggal dunia pada 5:45 petang.
Jenazah dibawa ke rumahnya di Hulu Kelang sekitar 8 malam (Rabu) dan akan disembahyangkan pada 8 pagi Khamis.
Jenazah Jins akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Klang bersebelahan Masjid ArRidhuan pada jam 10 pagi, Khamis.
Hilal Azmi
Wed Mar 01 2017
![Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41488384542_TanSriJins.jpg)
Jenazah Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin dibawa ke rumahnya di Hulu Klang sekitar jam 8 malam tadi dan dijadualkan akan dimandi dan dikafankan pada 8 pagi Khamis. - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713871283_MuhamadAmirMohamad.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
![#PeristiwaHariIni: Balai Polis Bukit Kepong musnah diserang komunis (1950) #PeristiwaHariIni: Balai Polis Bukit Kepong musnah diserang komunis (1950)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645571649_TBBUKITKEPONG.jpg)
#PeristiwaHariIni: Balai Polis Bukit Kepong musnah diserang komunis (1950)
25 nyawa gugur mempertahankan Balai Polis tersebut selepas 5 jam bertempur dengan 180 anggota gerila Parti Komunis Malaya (PKM).
![Dr Mahathir bertemu MB Johor Dr Mahathir bertemu MB Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555562794_TunM.jpg)
Dr Mahathir bertemu MB Johor
Pertemuan ini merupakan yang pertama selepas Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 14 April yang lalu.
![Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535644803_arazakmohaideen.jpg)
Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan
Jelasnya, masa tayangan filem patriotik pada tarikh keramat itu sangat penting dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.
![Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41488384542_TanSriJins.jpg)
Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin
Petang Rabu yang mendung menjadi petang terakhir buat Puan Sri Halijah Abdullah menghidangkan juadah minum petang buat suaminya Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
![Jins Shamsuddin: Bukit Kepong, Ali Setan akan terus menjadi ingatan Jins Shamsuddin: Bukit Kepong, Ali Setan akan terus menjadi ingatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41488380185_JinsSamsuddin.jpg)
Jins Shamsuddin: "Bukit Kepong, Ali Setan akan terus menjadi ingatan"
Garis masa media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
![Isu Bukit Kepong: 31 Mac keputusan rayuan pembebasan Mat Sabu Isu Bukit Kepong: 31 Mac keputusan rayuan pembebasan Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61434878755_matsabu.jpg)
Isu Bukit Kepong: 31 Mac keputusan rayuan pembebasan Mat Sabu
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 31 Mac ini untuk membuat keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Mohamad Sabu dalam isu komunis Bukit Kepong.
![5 filem patriotik adaptasi kisah benar wajib tonton Hari Kebangsaan ini 5 filem patriotik adaptasi kisah benar wajib tonton Hari Kebangsaan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.astrogempak.com.my/Portals/2/0. artis tempatan/Merdekafilem.jpg)
5 filem patriotik adaptasi kisah benar wajib tonton Hari Kebangsaan ini
Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-59, Astro Gempak menyenaraikan lima filem patriotik wajib tonton!
!['Baikpulih filem lama patut dibuat sejak 10 tahun dulu' - Kamil Othman 'Baikpulih filem lama patut dibuat sejak 10 tahun dulu' - Kamil Othman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/61429019941_295x200.jpg)
'Baikpulih filem lama patut dibuat sejak 10 tahun dulu' - Kamil Othman
Usaha membaikpulih filem lama seperti yang dibuat ke atas filem Bukit Kepong oleh United Studios sepatutnya dibuat dari 10 tahun dahulu.
![Negatif filem Bukit Kepong melekat antara cabaran baikpulih ke versi HD Negatif filem Bukit Kepong melekat antara cabaran baikpulih ke versi HD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/61429023360_295x200.jpg)
Negatif filem Bukit Kepong melekat antara cabaran baikpulih ke versi HD
Negatif filem Bukit Kepong ketika diterima oleh syarikat Prodigital Lab diakui berada dalam keadaan melekat dan tidak boleh diimbas.