ISTERI pemain dram kumpulan Search, Ramlah Mat mengesahkan suaminya Yazit Ahmad kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ramlah ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu Yazit kini sedang menjalani rawatan bagi menstabilkan keadaan jantungnya yang telah dijangkiti kuman.
"Jantung Yazit perlu stabil dahulu sebelum rawatan susulan pemindahan buah pinggang dilakukan.
"Keadaan Yazit juga agak baik sekarang, Alhamdulillah...Saya juga difahamkan bekalan buah pinggang sudah ada," katanya ketika dihubungi pada malam Rabu.
Terdahulu, menurut laporan akhbar Kosmo!, Yazit telah dinasihati pihak hospital supaya menjalani rawatan menstabilkan jantungnya terlebih dahulu, bagi mengelakkan risiko berdepan kematian jika rawatan pemindahan buah pinggang dijalankan secara tergesa-gesa.
Pemain dram senior berusia 53 tahun itu dimasukkan ke wad HKL sejak seminggu lalu selepas doktor mendapati terdapat keracunan di bahagian jantungnya.
Gempak
Thu Jul 09 2015

Yazit dimasukkan ke wad HKL sejak seminggu lalu selepas doktor mendapati terdapat keracunan di bahagian jantungnya.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

#ThrowbackGempak2019: Belasungkawa... kehilangan yang akan dirindui
Al-fatihah ..

Hasrat Yazit mahu tunai umrah tidak kesampaian
BEKAS pemain dram kumpulan rock legenda Search, Allahyarham Yazit Ahmad menyatakan hasrat mahu menunaikan umrah bersama anak bongsunya, Shafiqa Nurlis.

Amy Search zahirkan ucapan takziah, mohon maaf tidak dapat hadir ke pengebumian Yazit
Vokalis utama Search, Suhaimi Abdul Rahman menyampaikan belangsukawa dan salam takziah di atas kembalinya pemain dram band tersebut, Yazit Ahmad pada pukul 11.53 pagi tadi.

Yazit Search mengadu sesak nafas, dikejar ke HKL
Pemain drum terkenal, Yazit Ahmad dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sesak nafas awal pagi Selasa.

Tabung bantu Yazit Search tarik perhatian ribuan penonton konsert XPDC
Tabung Prihatin Yazit Search yang dilancarkan pada Konsert Gegar Utara XPDC di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ahad menarik perhatian lebih 4,000 penonton yang hadir.

Isteri: Buah pinggang sudah ada, tetapi Yazit Search perlu stabilkan jantung dahulu
Isteri pemain dram kumpulan Search, Ramlah Mat mengesahkan suaminya Yazit Ahmad kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur.