PELAKON Lana Nodin dikhabarkan begitu obses terhadap suaminya, David McKienzie sehingga sanggup mengikut ke mana saja suaminya pergi secara rahsia.
Astro Gempak dipetik sebagai berkata Lana mempunyai sifat cemburu tidak bertempat.
Baru-baru ini, Lana telah memuat naik video di akaun Instagram peribadinya membayangkan seolah-olah beliau sedang mengintip suaminya dan menyamar sebagai seorang wanita yang tidak dikenali.
Semua itu hanyalah sekadar lakonan dan bertujuan untuk bergurau.
Video tersebut dimuat naik oleh Lana beberapa hari yang lalu dengan kapsyen yang berbunyi: “paparazzi stalking my hubby @david_mckienzie at Central Park NYC for a pic #lanadaud #lanadavidholiday #luckyalwaysinourheart” tulisnya.
McKinzie pula cukup ‘sporting’ dan berpura-pura melarikan diri dengan aksi seperti seorang selebriti yang sedang asyik diekori oleh paparazzi.
Malah, dia juga turut menutup muka dengan topinya ketika Lana cuba mengikutnya dengan lebih dekat.
Selepas video tersebut dimuat naik, peminat telah melabel Lana dan David sebagai ‘sweet couple’ dan mendoakan kebahagiaan mereka.
Tak percaya?
Jom tengok video di bawah:
Gempak
Mon Jul 27 2015
Selepas video tersebut dimuat naik, peminat telah melabel Lana dan David sebagai sweet couple dan mendoakan kebahagiaan mereka. - Gambar Astro Gempak
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Intip suami secara rahsia, Lana Nodin obses dengan suami sendiri?
Pelakon Lana Nodin dikhabarkan begitu obses terhadap suaminya, David McKienzie sehingga sanggup mengikut ke mana saja suaminya pergi secara rahsia.