ASINGKAN duit anda siap-siap setiap bulan kerana tahun 2019 adalah tahun yang baik untuk berkunjung ke pawagam dan menonton filem yang bakal 'pecah panggung' tahun ini.
Terdapat banyak filem yang ditunggu-tunggu akan ditayangkan pada tahun ini -- dari filem adiwira ‘Captain Marvel’ hinggalah ke sequel filem seram ‘IT: Chapter Two’.
Tidak lupa juga filem ‘Joker’ dan juga filem yang paling dinantikan ramai iaitu filem ‘Avengers: Endgame’!
Apa-apa pun, berikut adalah lima filem hebat yang wajib ditonton pada 2019 ini:
#1 Glass
Filem terakhir bagi trilogy ciptaan M. Night Shyamalan yang bermula pada tahun 2000 dengan filem ‘Unbreakable’ lakonan Bruce Willis, dan sekuelnya pada tahun 2016 iaitu filem ‘Split’ lakonan hebat James McAvoy.
Filem ini bakal menjadi pertembungan tiga pelakon hebat Hollywood iaitu Bruce Willis, Samuel L. Jackson, dan James McAvoy. Tayangannya dijadualkan pada 18 Januari nanti.
#2 Alita: Battle Angel
Hampir dua dekad, pengarah hebat Hollywood, James Cameron (yang mengarah fllem Avatar) telah cuba untuk mengadaptasikan siri manga Yukito Kishiro, Battle Angel Alita ke layar perak sehinggalah beliau berundur dan memberi laluan kepada Robert Rodriguez (Sin City) untuk kerusi pengarah.
Filem aksi/sci-fi ini bakal menampilkan Rosa Salazar (Maze Runner: The Death Cure) sebagai seorang cyborg yang mempunyai kisah silam yang misteri. Filem ini dijadualkan berada di pawagam pada 5 Febuari 2019.
#3 Captain Marvel
Filem ini pasti menjadi tumpuan bagi peminat filem adiwira dan juga Marvel kerana ia bakal menampilkan pemenang Oscar, Brie Larson sebagai Captain Marvel yang dikatakan mampu untuk mengalahkan Thanos.
Pasti anda ingat akan Thanos bukan? Filem ini bakal memperkenalkan siapakah Captain Marvel dan bagaimana ia berkait dengan filem ‘Avengers: Endgame’ masih lagi menjadi misteri. ‘Captain Marvel’ akan tiba di pawagam pada 8 Mac 2019.
#4 Avengers: Endgame
Inilah dia, filem paling besar dan paling hebat bagi 2019. Peminat filem seluruh dunia menantikan filem terakhir bagi francais ‘Avengers’ ini.
Kita akan dapat saksikan bagaimana adiwira-adiwira kesayangan kita bangkit daripada kesan petikan jari maut Thanos ‘si Titan ungu’ yang mengorbankan hampir separuh penduduk alam semesta.
Adiwira kita bakal bergabung di pawagam pada 26 April 2019. Avengers berkumpul!
#5 Godzilla: King of Monsters
Godzilla sudah kembali dan kali ini dia bawa geng! Sambungan kepada filem Godzilla pada tahun 2014 sudah lama ditunggu oleh peminat kaiju ini.
Kali ini, ia akan memaparkan raksasa Mothra, Rodan dan King Ghidorah. Mampukah Godzilla mengalahkan mereka semua? Filem yang diarahkan oleh Michael Dougherty ini bakal menggegarkan pawagam pada Mei 2019.
Okey, itu dia bahagian pertama filem wajib tonton 2019. Nantikan bahagian kedua pula. Apakah filem-filem yang bakal ditampilkan? Kita tunggu.
Yuzir Harafi
Thu Jan 03 2019
![Ini senarai filem wajib tonton 2019! Ini senarai filem wajib tonton 2019!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546446820_popcorn.jpg)
Terdapat banyak filem yang ditunggu-tunggu akan ditayangkan pada tahun ini.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![Ini senarai filem wajib tonton 2019! Ini senarai filem wajib tonton 2019!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546446820_popcorn.jpg)
Ini senarai filem wajib tonton 2019!
Filem wajib tonton 2019! Asingkan duit tiket, kunci hari anda, beli popcorn dan tonton filem hebat tahun 2019. Bahagian 1