Dua kumpulan kugiran tempatan kegemaran anda berpeluang beraksi di pentas Rock The World pada 9 Disember ini.
Sebanyak 140 kumpulan berentap untuk memiliki peluang keemasan ini, di mana peminat boleh ‘mengundi’ lagu pilihan mereka menerusi playlist Road to Rock The World 2017 di laman web Raku.my dan aplikasi Raku di App Store dan Playstore.
Caranya mudah sahaja, iaitu dengarkan lagu band kegemaran anda dengan menekan butang play.
Jumlah play terbanyak akan dikira dan diangkat sebagai pemenang, dan senarai pemenang akan diumumkan melalui Facebook Raku.
Pada masa sama, Pengarah Raku, Rithan Vijay berkata ia merupakan satu platform untuk membuka peluang lebih luas bagi kumpulan muzik anak muda yang mempunyai bakat tersendiri
“Anak muda tempatan kita ramai yang berbakat namun mereka tidak mendapat platform untuk terus maju ke hadapan. Raku mempunyai visi dan misi untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat tempatan.
“Dengan adanya playlist ini, peminat di Malaysia dapat memberi sokongan dan mendengarkan karya-karya yang dipersembahkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Bermula pada tahun 2000, Rock The World merupakan festival muzik yang memperjuangkan karya muzik tempatan.
Festival yang paling dinanti-nantikan setiap tahun ini turut mempromosikan makanan dan jenama tempatan.
Peminat dapat menikmati muzik tanpa henti dari jam 11 pagi hingga tengah malam. Ia bakal diadakan di parkir B, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Nov 29 2017

Peminat boleh mengundi lagu pilihan mereka menerusi playlist Road to Rock The World 2017 di laman web Raku.my dan aplikasi Raku di App Store dan Playstore. -Facebook Rock The World
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Caliph Buskers hilang taring? Ini komen Azmi
Azmi mengakui menjadi lumrah turun naik populariti seseorang artis dalam industri hiburan.

Menagih dan mengedar dadah, vokalis lagu 'Aishiteru' berdepan hukuman mati
Berdasarkan siasatan awal, Zul mengakui baru dua kali mengedar dadah.

'Tiada lagi lagu dan album baharu Dewa 19 selepas ini' - Ahmad Dhani
Penyanyi Indonesia, Ahmad Dhani menjelaskan selepas ini mungkin tiada lagi lagu atau album yang akan dikeluarkan oleh kumpulannya iaitu Dewa 19.

Ifan Seventeen mohon ruang ubati kesedihan
Kehilangan isteri dan tiga rakan karib meragut segala kekuatan dalam diri Ifan.

Tsunami Selat Sunda: Anggota Seventeen Herman pula disahkan terkorban
Berita pilu kembali meyelubungi kumpulan Seventeen disebabkan tsunami yang melanda Anyer, Banten di Indonesia.

Tular video dramatik persembahan Seventeen dibadai tsunami
Band itu dilaporkan membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort, di Pandeglang, Banten, ketika kejadian berlaku.

Donald Trump diarah henti guna lagu Aerosmith
Steven Tyler melalui peguamnya hantar surat kepada White House minta Trump henti guna lagu Aerosmith.

Ingin tonton band kegemaran anda di Rock The World? Dengarkan Raku!
Kini dua kumpulan kugiran tempatan kegemaran anda berpeluang beraksi di pentas Rock The World pada 9 Disember ini.

Scorpions, Wings bakal gegarkan festival rock Rockaway Oktober ini
Selepas tiga tahun berehat, festival music rock terbesar di Malaysia, Rockaway akan kembali ke Malaysia pada Oktober ini dengan menampilkan lebih 30 kumpulan antarabangsa dan tempatan.

'Mutiara Damansara' tidak cukup duit untuk datang ke Malaysia
Kumpulan band metal dari Perancis, Mutiara Damansara yang popular secara mengejut di sini, tidak cukup duit untuk datang ke Malaysia membuat persembahan.