FILEM, tak kiralah filem Melayu, Inggeris, Hindi atau dari negara lain kadangkala meninggalkan kesan yang tidak mudah luput dalam hati kita.

Kadangkala terkesan dengan jalan ceritanya, acap kali juga kerana kehebatan pelakonnnya namun tak kurang juga keletah comel pelakon cilik dalam filem berkenaan.

Artikel #SantaiHujungMinggu kali ini mengongsikan wajah terkini beberapa pelakon cilik dari filem Hindi yang pernah ‘menjentik’ hati kita suatu masa dahulu.

1) Anjali (Kuch Kuch Hota Hai)

Filem box office yang mendapat banyak anugerah ini sememangnya merupakan filem yang sangat diminati dan kekal popular sehingga sekarang.

Siapa tidak ingat Anjali, anak kepada Shah Rukh Khan dalam filem tersebut yang sering kali mengusik ayahnya malah cuba menyatukan cinta ayahnya dengan Kajol juga.

Anjali (Sana Saeed) sehingga kini masih berlakon dan penampilannya sangat jauh berbeza berbanding ketika dirinya masih kecil, semakin cantik dan digilai ramai.

Beliau sudah berlakon banyak filem dan kini mula menempa nama dalam Bollywood.

Sana Saeed

2) Munni (Bajrangi Bhaijaan)

Filem yang agak baru namun fenomenanya sangat mengagumkan dan boleh dikatakan, jutaan orang jatuh cinta dengan Munni.

Tidak banyak bercakap dalam filem tersebut namun keletahnya - terutama senyumannya - mencairkan hati mereka yang menonton filem tersebut.

Harshaali Malhotra

Harshaali Malhotra baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-12 pada Jun lepas.

Dikhabarkan selepas ini aktres cilik ini akan berlakon dalam beberapa buah filem lagi. Tak sabar nak lihat senyumannya lagi!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Celebrating my birthday at the time of lockdown with home made cakes by my mother and brother ...

A post shared by Harshaali Malhotra (@harshaalimalhotra_03) on


3) Krish (Kabhi Kushi Kabhie Gham)

Ingat lagi Krish? Dia adalah anak kepada Shah Rukh Khan dan Kajol dalam filem tersebut.

Jibraan Khan

Peranannya tidaklah begitu banyak namun tetap melekat di hati lebih-lebih lagi apabila dia bernyanyi dalam satu majlis di sekolahnya.

Nama sebenarnya adalah Jibraan Khan dan kini dia adalah model dan pengajar tarian.

Ketika kecil wajahnya comel dan apabila besar, dia kini seorang lelaki yang kacak dan pasti digilai ramai wanita.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 


4) Rohan/Ladoo (Kabhi Kushi Kabhie Gham)

Kavish Majmudar, lelaki di sebalik watak Rohan ketika kecil dalam filem blockbuster itu.

Menginjak dewasa, wajah Kavish semakin berubah dan badannya juga semakin kurus, tidak seperti dalam filem itu.

Pelakon berusia 27 tahun itu dikatakan pergi ke Dubai pada 2017 untuk meneruskan karier lakonannya di sana.

Kavish Majmudar


5) Kanak-kanak ‘bisu’ dalam Kuch Kuch Hota Hai
Tidak banyak bersuara namun senyuman dan wajah comelnya membuatkan ramai tidak lupa kepada watak ini yang dilakonkan Parzan Dastur.

Kini sudah dewasa, wajahnya banyak berubah, semakin kacak juga namun tak dapat dinafikan, senyumannya masih sama seperti dirinya masih kecil dulu.

Lakonannya dalam filem itu membolehkannya menerima beberapa anugerah dan selepas Kuch Kuch Hota Hai, dia turut berlakon dalam beberapa filem.

Dia masih lagi aktif berlakon malah dia juga aktif sebagai penulis skrip sehingga kini.

Parzan Dastur



** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!