INDUSTRI muzik tempatan ketika ini berada pada tahap kritikal berikutan kemunculan laman web yang menyediakan pautan muat turun lagu atau album secara percuma kepada orang ramai.
Komposer dan penulis lirik, Saari Amri menyifatkan ledakan teknologi menerusi lambakan laman web yang memberi kemudahan kepada orang ramai memuat turun karya pemuzik tempatan itu menyebabkan jualan album pada masa kini mengalami kemerosotan mendadak.
Katanya, jualan album di pasaran kini hanya mencecah jualan tidak kurang 10,000 unit berbanding pada era 90-an dengan kebanyakan album mampu terjual sebanyak ratusan ribu unit.
Bercakap kepada Bernama, Saari berkata situasi itu ternyata memberi impak buruk kepada industri muzik tempatan dan mendorong kebanyakan syarikat rakaman hanya menerbitkan single kerana tidak berani melabur untuk menghasilkan album baharu untuk penyanyi tempatan.
"Jika dahulu, album yang diterbitkan saya untuk kumpulan Ukays bertajuk Bisa Berbisa mampu merekodkan jualan tertinggi sebanyak 400,000 unit namun realitinya berubah pada masa sekarang.
"Dulu kalau album itu hanya mencatat jualan 10,000 unit, dianggap gagal, namun sekarang nak cecah jualan sebanyak itu pun 'sakit', malah banyak kedai muzik terpaksa menutup premis mereka kerana orang ramai tidak berminat lagi membeli album di pasaran," kata Saari.
Pencipta lagu 'berhantu' Gerimis Mengundang oleh kumpulan Slam, pada tahun 1996 itu berkata lebih menyedihkan, perkembangan itu juga menghimpit pemuzik tempatan yang tidak menerima sebarang royalti bagi karya mereka apabila dimuat turun orang ramai melalui laman web yang menawarkan muat turun lagu secara percuma.
Oleh itu, beliau yang pernah terbabit menghasilkan lagu untuk penyanyi dan band terkenal seperti Ziana Zain, Nike Ardilla dan Umbrella berharap pihak berwajib perlu memperkenalkan lesen kepada laman web itu dalam memastikan pemuzik, komposer dan penulis lirik menerima ganjaran berkenaan.
"Saya lihat Pihak Badan Pelindung Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP) masih lagi 'fight' bagi memastikan kami (karyawan muzik) memperoleh royalti hasil daripada lagu atau album dimuat turun menerusi laman web dan berharap bayaran dikenakan kepada orang ramai yang memuat turun karya kami pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai trend penghasilan lagu tempatan terkini yang dilihat cenderung kepada jalur muzik era 90-an, Saari yang masih aktif menghasilkan lagu berkata orang ramai masih menganggap melodi berkenaan sebagai sesuatu yang dekat dalam diri mereka.
Katanya, kebanyakan muzik pada masa kini tidak mempunyai penghayatan yang kuat berbanding pada era kegemilangan muzik 90-an yang mampu menangkap jiwa pendengar dan masih lagi diterima baik sehingga kini.
"Lagu Sudahku Tahu oleh kumpulan Projector Band merupakan contoh terbaik lagu terkini yang diterima ramai kerana kisah yang terkandung dalam lagu itu serta melodinya yang berunsurkan muzik lama mungkin dekat dengan ramai pendengar sehingga menerima sambutan hebat dan menjadi viral di media sosial," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau yang pernah menghasilkan lagu Bahasa Melayu buat penyanyi terkenal dari Hong Kong, Andy Lau pada tahun 2001 berkata pemuzik baharu perlu berani untuk bereksperimentasi dengan karya mereka bagi memastikan ia diterima ramai dan kekal diingati buat tempoh lama.
Saari yang amat mengagumi bakat dimiliki Yuna sehingga mampu mengembangkan sayap ke persada muzik antarabangsa berharap ramai pemuzik mengikut jejak langkah penyanyi itu untuk menembusi pasaran muzik ke tahap lebih tinggi.
"Pemuzik baharu tidak harus putus asa dalam memperjuangkan karya mereka dan apa yang penting mereka harus kreatif serta tidak menciplak karya orang lain," katanya.
Bernama
Tue Sep 06 2016
SAARI: Jualan album di pasaran kini hanya mencecah jualan tidak kurang 10,000 unit berbanding pada era 90-an dengan jualan ratusan ribu unit. -Gambar hiasan
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Jisoo BLACKPINK catat rekod jualan tertinggi minggu pertama menerusi album "ME"
Album solo ahli kumpulan BLACKPINK, Jisoo berjudul "ME" dilapor mencatat jualan tertinggi dalam kalangan penyanyi solo wanita K-pop pada minggu pertama dilancarkan, lapor Yonhap.
Industri muzik tempatan makin 'tenat', muat turun lagu berleluasa - Saari Amri
Jualan album di pasaran kini hanya mencecah jualan tidak kurang 10,000 unit berbanding pada era 90-an dengan kebanyakan album mampu terjual sebanyak ratusan ribu unit, kata Saari.