Pemilihan itu dibuat selepas HITZ yakin dengan pengalaman Ili yang mampu mengendalikan HITZ Tonight secara bersahaja sejak tiga tahun lalu.
Pengurus Jenama HITZ, Navin berkata Ili mempunyai kriteria unik untuk bersama dengan Anne & Prem untuk mengendalikan segmen pagi itu. Ili juga mahir berbicara dan berinteraksi dengan pendengar setia HITZ dalam apa jua topik yang diketengahkan.
“Ili mempunyai pengalaman dalam indusri radio sekitar lapan tahun, saya yakin dengan kemampuannya untuk mengendalikan segmen pagi tersebut kerana Ili mempunyai pengikut tersendiri. Anne dan Prem akan membimbing Ili untuk memastikan segmen pagi itu terus kekal menjadi pilihan pendengar setia HITZ.
“Sementara itu, untuk segmen HITZ Tonight akan digantikan dengan penyampai lain iaitu Arka. Terdahulu Arka adalah penyampai radio sambilan HITZ dan pemilihan itu selepas mendapat persetujuan dengan pihak pengurusan tertinggi kami.
“Apa-apa pun, HITZ akan sentiasa memberikan sentuhan yang terbaik agar pendengar kami kekal terhibur dengan informasi terbaik serta memainkan lagu-lagu terkini. HITZ juga turut mengalu-alukan apa juga pandangan dan komen daripada pendengar agar kami dapat memperbaikinya dari masa ke masa.
