KUALA LUMPUR: Keadaan penyanyi veteran, Datin Paduka Julie Sudiro bertambah baik, menurut anak lelakinya, Rindra Soliano.
Rindra, dalam satu mesej ringkas di aplikasi WhatsApp kepada Astro AWANI berkata, Julie sudah sedar namun keadaan beliau masih lemah.
“Ibu sudah sedar, namun keadaannya masih lemah. Ibu juga sudah mula memberi respons pada pelawat yang datang menziarahinya di hospital,” kata Rindra.
Menurutnya, doktor yang merawat ibunya akan memberi perkembangan terkini berhubung keadaan ibunya pada Rabu.
“Terima kasih atas keprihatinan anda,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, pada Selasa.
Semalam, Astro AWANI melaporkan penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu berirama keroncong dan jazz pada era 60-an itu, sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Puncak Alam di Shah Alam, akibat masalah paru-paru sejak pagi Ahad.
Sehubungan itu, Rindra ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin turut mengesahkan keadaan Julie kritikal dan beliau memerlukan bantuan pernafasan akibat tahap oksigennya rendah.
Rindra turut berkata, doktor mendapati ada darah beku dalam jantung menasihatkan supaya Julie ditidurkan pada Isnin.
Astro Awani
Tue Jan 10 2023
Menurut Rindra, doktor yang merawat ibunya akan memberi perkembangan terkini berhubung keadaan ibunya pada Rabu. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bintang legenda Julie Sudiro meninggal dunia
Berita pemergian penyanyi jazz terkemuka ini dikongsikan anak lelakinya Rindra Soliano kepada Astro AWANI.
'Ibu sudah sedar, namun masih lemah' - Anak Julie Sudiro
Keadaan penyanyi veteran, Datin Paduka Julie Sudiro dilaporkan bertambah baik, menurut anak lelakinya, Rindra Soliano.
'Doakan ibu saya yang sedang kritikal' - Anak Julie Sudiro
Seniwati terkenal, Datin Paduka Julie Sudiro, penyanyi jazz yang disegani di Malaysia dan Singapura dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, ketika ini.
Ziarah Finas buka ruang artis veteran sertai kembali industri seni
Program Finas Prihatin membuka ruang kepada artis veteran yang dilupakan untuk kembali bergiat dalam bidang seni.
Persatuan Karyawan sasar kutip dana RM100,000
Karyawan anjur majlis makan malam amal yang dijayakan barisan artis ternama seperti Noryn Aziz, Julie Sudiro, Datuk Yusni Hamid dan Salimah Mahmood