KUALA LUMPUR: Ratu rock terkenal tanah air, Ella reda dan pasrah dengan ketentuan Allah yang menjemput pulang ibunya, Yang Asmah Long ke rahmahtullah.
Itu yang digambarkan suami penyanyi berkenaan, Azhar Ghazali kepada Astro AWANI ketika ditanya mengenai keadaan Ella sebaik mendapat khabar pemergian ibunya pada usia 92 tahun.
“Sebaik menerima panggilan, saya dan Ella terus bergegas pulang ke Klang dari Melaka. Kami tiba di rumah sekitar pukul 6 pagi. Alhamdulillah, kami dapat bersama-sama dengan ahli keluarga lain menguruskan jenazah,” kata Azhar ketika dihubungi Astro AWANI.
Ella dan Azhar berada di Melaka kerana menghadiri kursus yang sepatutnya berakhir hari ini.
Allahyarham Yang Asmah ibu kepada Ella menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi Khamis kerana sakit tua di kediamannya di Telok Gadong, Klang.
“Ketika ini jenazah sedang diuruskan untuk pengebumian,” kata Azhar lagi.
Jenazah Allahyarham Yang Asmah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, sekitar pukul 11 pagi ini.
Sementara itu, berita pemergian Yang Asmah ke rahmahtullah turut dikongsi di laman Facebook Ella Aminuddin.
Berita sedih itu turut mendapat perhatian lebih 1,000 kenalan dan peminat-peminat Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 54, yang mengucapkan salam takziah buat penyanyi itu dan seluruh keluarga.
Mereka turut mendoakan semoga roh Allahyarham Yang Asmah dicucuri rahmat serta memberikan kata-kata semangat kepada Ella dan seluruh keluarga agar tabah dengan pemergian ibu tercinta.
Astro Awani
Thu Mar 11 2021
Ella tabah dan reda menerima ketentuan Allah yang menjemput pulang ibunya, Yang Asmah Long ke rahmahtullah. - Gambar Instagram ELLA
Jalan masuk utama ke HUMS siap digunakan - Alexander
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jalan berkenaan turut membantu mengurangkan kesesakan aliran trafik jalan dalaman UMS selain menjimatkan masa perjalanan ke HUMS.
Jijik! Empat kilang proses makanan diarah tutup
Empat kilng memproses makanan di Tawau diarah tutup 14 hari selepas didapati tidak mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan.
Dua remaja bawah umur didakwa merogol
Dua remaja masing masing berumur antara 13 dan 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan merogol seorang kanak kanak perempuan berumur 12 pada 26 September lalu.
Maut jatuh tebing: 'Arwah baru bekerja tiga bulan di tempat baharu' - Abang
Juruteknik, Khairul Nizam Jaafar maut selepas terjatuh ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan Eagles Nest Skywalk di Gunung Machinchang di Langkawi.
Pasukan remaja raih gangsa acara berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Dunia
Pada aksi yang berlangsung di Nanchang, China itu pasukan negara kendalian Jeffer Rosobin tumpas 110-76 sekali gus meraih pingat gangsa.
Lima lelaki didakwa cuba bunuh anggota polis
Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh anggota polis di Arau Sept lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Lantikan politik pentadbiran PMX kedua terendah dalam lima pentadbiran
Analisis Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mendapati, 95 pelantikan politik dibuat sepanjang tempoh Perdana Menteri menerajui kerajaan hingga kini, berbanding 273 pelantikan pada era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yasin (186 pelantikan), yang masing-masing mentadbir selama 17 dan 15 bulan.
Mangsa banjir di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat sedikit petang ini
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS pada petang ini mencatatkan penurunan kepada 1,241 mangsa.
Penjaga jentera elektrik direman minta rasuah RM30,000
Lelaki itu ditahan dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Pulau Pinang di sekitar Penaga dekat sini kira-kira 8 malam Khamis.
Taiwan masih berdepan kesan Taufan Krathon, sebahagian kawasan masih ditutup
Meskipun sebahagian besar pekerja dan para pelajar kembali kepada rutin harian mereka, beberapa kawasan masih ditutup susulan kesan buruk taufan itu.
Ibu Ella meninggal dunia dalam tidur
Allahyarham Yang Asmah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi Khamis kerana sakit tua di kediamannya di Telok Gadong, Klang.