Ratu Rock Ella membuktikan bahawa kemunculannya dirindui peminat muzik tanah air, apabila showcase ‘Ella Rocking Sunday’ pada malam Ahad mendapat sambutan hangat.
Showcase yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur telah dihadiri seramai lebih 700 orang peminat menyebabkan keadaan sedikit sesak.
Rata-rata peminat yang ditemui berasa sangat terhibur dengan persembahan Ella pada malam itu dan mengakui durasi satu jam persembahan adalah amat singkat untuk mengubat kerinduan mereka.
Reaksi peminat terhadap showcase Ella di Hard Rock Cafe pada Ahad
Persembahan Ella, 48 diserikan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi Kaka dan kumpulan baru Sparrow King yang turut mengiringi persembahan Ella pada malam itu.
Ella membawakan sembilan lagu hitnya seperti Standing In The Eyes, Rama-Rama, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Layar Impian, Sembilu, Dua Insan Bercinta, dan Kesal.
Keseluruhan persembahan jelas menyaksikan peminat turut menyanyi bersama kesemua lagu-lagu popularnya.
Ella turut mendendangkan satu lagu baru ciptaan Sam Bunkface bertajuk Istimewah.
Pemain gitar kumpulan Search, Kid menjadi pemain gitar jemputan bersama-sama mengiringi persembahan Ella pada malam itu.
Dalam perkembangan lain, Ella turut merancang mengadakan konsert solonya dan percutian bersama peminat pada tahun ini.
Ella juga akan mucul dengan album terbaru terbitan Universal Music yang akan memuatkan 10 buah lagu baru termasuk single bersama artis Indonesia, Anji.