Ratu rock negara, Ella memecahkan rekod peribadinya dalam Malaysia Book of Record apabila mengundang 200 pemuzik untuk mengiringi persembahannya pada majlis Ella Kitalah Bintang di The Love, Matic pada Isnin.
Menurut Ella, majlis tersebut diadakan bersempena konsertnya, Ella Unplugged in KL yang turut bertujuan meraikan pemuzik-pemuzik tempatan daripada pelbagai latar belakang.
Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin berkata, dia mengumpulkan 200 pemuzik di sidang media keduanya adalah untuk memberi pendedahan kepada pemuzik baharu mengenai pengalamannya bekerja dengan seniman-seniman hebat.
“Sidang media hari ini pada saya sangat luar biasa dan ia sangat hebat. Saya beruntung kerana dapat berkerjasama dan membuat persembahan bersama semua pelajar-pelajar yang mengambil jurusan muzik ini.
“Mereka sangat berbakat dan saya rasa saya perlu adakan sidang media sebegini untuk memberi pendedahan dan pengalaman yang betul kepada mereka. Kalau tak kita siapa lagi?,” soal Ella ketika ditemubual Astro AWANI.
Terdahulu, penyanyi lagu Kesal itu mencipta rekod sebagai penyanyi pertama mengundang 100 pemuzik pada sidang akhbar Konsert Ella 2016 sekitar tiga tahun lalu.
Lebih tiga dekad berada di dalam industri muzik tanah air, Ella bakal menyanyikan lebih 20 lagu menerusi tiga segmen iaitu Peace, Love dan Rindu bagi mengubati rindu peminatnya.
Tambah Ella, setakat ini, persiapan konsertnya dari segi vokal dan pementasan itu telah dibuat dengan teliti dan berjalan dengan lancar.
Berbaki 31 hari sahaja lagi, Ella bakal mengegarkan Panggung Sari, Istana Budaya menerusi konsertnya itu akan berlangsung selama 3 hari bermula 29, 30 dan 31 Mac.
Tiket early bird mula dijual bermula 2 januari 2019 melalui www.proticket.com.my.
Afiq Ariffin
Mon Feb 25 2019
Ella mengumpulkan 200 pemuzik di sidang media keduanya bertujuan memberi pendedahan kepada pemuzik baharu mengenai pengalamannya sepanjang berjuang dalam industri hiburan. - foto Astro AWANI
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Ella ceburi industri fesyen Muslimah
Ia dibuat berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.
Ella bawa kembali era rock 90-an, pukau 5,000 penonton di Sabah
Konsert 'Jilid Akhir: Ella Puteri Kota' di Kota Kinabalu berjaya membawa semula memori era rock tahun 90-an sebahagian besar penonton.
All Stars Gegar Vaganza: Konsert akhir bakal tampilkan Ella, Dayang Nurfaizah dan Aina Abdul
Selain tiga nama besar itu, terdapat lagi seorang tetamu istimewa iaitu bintang antarabangsa.
Radja bikin konsert bersama Ella di Kuala Lumpur 12 Nov ini
Kedatangan Radja kali ini lebih istimewa kerana konsert yang bakal diadakan lebih kepada keakraban di antara band dengan juga peminat.
'Sedih saya tau...' - Muncul video tak senonoh, Ella maklum Facebook digodam
Tinjauan Gempak di laman Facebook miliknya, terdapat beberapa video tidak senonoh dan tidak berkaitan dengan Ella telah dimuat naik.
Ratu rock sejati, hanya seorang Ella tawan semua generasi!
Hanya Ella seorang sahaja yang mampu menjinakkan lebih 10, 000 penonton dengan karismanya pada Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota.
Bersatu dalam lagu... ini 'playlist' yang setiap rakyat Malaysia patut ada!
Pastinya, antara cara paling berkesan tentunya melalui lagu kerana kadangkala bukan dari mata tapi dari telinga, boleh jatuh terus menyerap ke sanubari.
Insan di sebalik lagu 'Standing In The Eyes Of The World' imbas cerita lama
Apabila sebut Standing In The Eyes Of The World, orang terus kaitkan dengan Ella tapi tak semua tahu, ada empat lagi penyanyi popular pernah menyatakan hasrat untuk menanyikan lagu itu.
Standing In The Eyes Of The World gandingan 30 bakat seni teguhkan hubungan AS-Malaysia
Projek yang melibatkan lebih 30 bakat daripada kedua-dua negara menunjukkan komitmen Amerika Syarikat untuk memperkukuhkan hubungan bersama.
Ella jadikan kumpulan rock perempuan Arab Saudi sebagai role model
Jelas Ella, tenaganya masih sama sebelum atau selepas berhijab malah dia menjadikan sebuah band rock wanita Arab Saudi sebagai contoh.