Hashtag #HappyBirthdaySitiNurhaliza terus menjadi trending sempena dengan ulang tahun ke-35 penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza.

Tepat pada jam 12 tengah malam tadi, peminat-peminat Siti, atau lebih dikenali sebagai Sitizoners, terus tweet ucapan tahniah kepada penyanyi ‘Lebih Indah’ itu. Beberapa minit kemudian, ia menjadi trending di Malaysia dan ada juga peminat yang mahukan ia menjadi trending di seluruh dunia.

Walaupun sudah berada di industri hiburan selama 18 tahun, menjadi trending di Twitter membuktikan bahawa beliau mempunyai followers yang begitu setia dan terus kekal bersama penyanyi nombor satu negara itu.

Antara yang pertama untuk tweet adalah pengurus kepada Siti iaitu Rozi Abdul Razak sebelum pukul 12 tengah malam tadi:


Tweet yang diterima membuktikan bahawa peminat Siti begitu bangga dengan pencapaian beliau selama bergelar anak seni.







Selain mereka, selebriti dan personaliti tempatan juga mempunyai mesej tersendiri untuk Siti:





Siti juga menghantar tweet-tweet berikut dan mengucapkan terima kasih kepada para peminat setia beliau: