Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan selamat dan doa sempena ulang tahun kelahirannya ke-73, pada Jumaat.
Dalam catatan terbaru di laman Facebooknya, Muhyiddin turut memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dikurniakan umur yang panjang.
"Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya kecapi hidup, dan diberi kesempatan untuk menikmati segala limpah rahmat-Nya bersama keluarga tercinta, sanak-saudara, rakan taulan dan seluruh rakyat Malaysia.
"Semoga Allah SWT memakbulkan dan memperkenan segala doa kita semua agar dilindungi daripada wabak COVID-19 serta memberi kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kita semua untuk menghadapi dugaan mencabar ini. Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan perjuangan kita semua dalam mencari keredaan-Nya," menurut catatan itu.
Muhyiddin turut mendoakan agar rakyat diberikan kesejahteraan serta menikmati kesenangan hidup di dunia dan akhirat, dan semoga rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan sentiasa hidup dalam suasana harmoni, bersatu padu serta sayang-menyayangi.
"Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada saudara-saudari yang telah mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan saya. Tidak mungkin dapat saya jawab satu persatu. Sekali lagi terima kasih," katanya.
Catatan itu mendapat lebih 24,000 'likes' dan dibanjiri komen serta ucapan selamat hari lahir untuk Muhyiddin.
Antaranya, pemilik akaun Facebook Zaida Rahanim menulis: "Selamat ulang tahun kelahiran ayahanda PM dikasihi.. Semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dalam menjalankan tugas demi negara tercinta".
Nur Aatiqah Musa pula mengucapkan: "Selamat ulang tahun kelahiran TSMY..semoga panjang umur n sentiasa terus sihat utk terus terajui negara yg penuh cabaran...sy doakan PM sekeluarga diberi perlindungan n kesejahteraan dunia akhirat....TQ PM".
Seorang lagi pengguna laman sosial itu, Syahir Ahmad menulis: "Happy birthday Tan Sri..semoga Allah sentiasa merahmatimu dan mengurniakan kesihatan yg baik untuk terus mentadbir negara".
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
MUHYIDDIN: Semoga rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan sentiasa hidup dalam suasana harmoni, bersatu padu serta sayang-menyayangi. - Gambar fail
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan
Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Azerbaijan di atas tragedi pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu lepas.
Tunku Mahkota Ismail sahkah Cahill bukan CEO Harimau Malaya
Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ireland denda Meta 251 juta euro atas pelanggaran data Facebook
Pelanggaran itu disebabkan oleh kelemahan dalam fungsi muat naik video pada ciri 'View As' Facebook, yang mendedahkan data peribadi sensitif.
Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya love scam, phone scam
Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.
56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan hingga 1 Disember - Teo
Sebanyak 56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari hingga 1 Dis lepas.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.