RAMAI penonton Gegar Vaganza 3 (GV3) nampaknya tidak begitu puas hati dengan keputusan para juri yang meletakkan peserta, Gmie Screen di tangga terakhir antara enam finalis.

Malam tadi, penyanyi Azharina dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program GV3 yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Tempat kedua pula dimenangi Siti Sarah manakala Zarul di tempat ketiga, sementara Ameng di tempat keempat dan Intan Sarafina di tempat kelima.

Bagaimanapun, netizen berpendapat Gmie merupakan antara peserta yang memberi persembahan konsisten setiap minggu, dan tidak wajar untuk dia diletakkan di tangga keenam.

Menerusi laman media sosial, rata-rata netizen melahirkan rasa kecewa dengan pemilihan tersebut.

Tambah mereka, persembahan terakhir Gmie juga antara yang terbaik, dan dia layak untuk menduduki tiga tangga teratas.

“Walaupun Gmie tidak menang Top 3, Gmie tetap pemenang di hati kami,” ujar peminatnya.






Ucapan tahniah buat pemenang GV3 turut membanjiri media sosial.