KONSERT minggu pertama All Stars Gegar Vaganza (GV10) ternyata membuatkan ramai yang tergamam.
Tidak hanya persembahan mantap diberikan oleh kesembilan juara tetapi juga pengumuman enam bintang hot seat GV10 yang membuatkan netizen tidak senang duduk.
Enam nama tersebut adalah Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
Minggu ini juga menyaksikan Naqiu berjaya menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 80.75%.
Bagaimanapun Naqiu menjadi antara bintang terhangat apabila juri tetap, Datuk Ramli Ms menjadikan persembahan juara GV6 ini sebagai benchmark atau KPI buat bintang lain.
Berikut merupakan recap minggu pertama GV10:
1. Naqiu - Di Bawah Pohon Asmara (80.75%)
Hetty Koes Endang: “Pertahankan! Babak pertama ini memang juri mahukan bintang-bintang enjoy. Next hati-hati, pesertanya semua bagus. Naqiu sukses!”
Datuk Ramli Ms: “Hari ini dia lagi bagus.”
2. Liza Hanim - Jangan Kau Mimpi (hot seat: 79.00%)
Hetty Koes Endang: “Lagunya up beat memerlukan energinya yang lebih dan kamu dapat. Jadi hati-hati di saat masuk ke mellow, kena ada perbedaan.”
3. Jaclyn Victor - Janji Manismu (71.75%)
Datuk Ramli Ms: “Satu lirik tu Michael Jackson jalan terbalik (salah lirik). Anyway, sekurang-kurangnya awak masih ada your own KPI. Untuk next week, you have to be more magic.”
4. Nikki Palikat - bertakhta Di Hati (hot seat: 71.25%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya suka, saya rasa persembahan ini cantik macam Nikki malam ni. Berbeza dengan apa yang awak buat sebelum ini. Sebutan jelas, saya rasa apa yang awak sampaikan, cuma awak boleh tekan minyak lebih sikit. Saya rasa awak macam lambat nak panas. Secara keseluruhan persembahan awak steady.”
5. Hady Mirza - Segalanya Ku Terima (70.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya suka persembahan awak cuma saya rasa bukan jenis lagu yang awak biasa nyanyikan. Secara keseluruhan tak ada masalah, kena jaga pitch rendah. Persembahan yang menghiburkan.”
6. Noryn Aziz - Ikut Rentakku (68.75%)
Hetty Koes Endang: “Wow! Tembakan yang mantap sekali, semua bagus. Cuma menurut bunda ada yang mengganggu. Ini lagu up beat, sepatu awak mungkin mengganggu. Sepatu tinggi, penari sudah meriah tetapi kamu kurang. Tidak cukup ekspresi, semuanya bagus hanya gerakan sahaja.”
7. Ezad Lazim - Kembali Terjalin (hot seat: 65.50%)
Datuk Ramli Ms: “Ezad tahniah, kamu bila saya dengar kamu sangat komersial. Walaupun kamu menyanyi lagu leman, tapi ini good business. No wonder orang undi untuk awak.”
8. Aliff Aziz - Wanita Seluruh Dunia (64.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Alif ada karisma on stage tapi setiap penyanyi ada kekurangan dan anda kena tahu dan cuba baiki. Untuk persembahan ini enjoy cuma jaga phrasing, jaga stamina sebab hujung rasa kurang sikit. Kejutkan kami dengan sesuatu yang baru setiap minggu. Good luck.”
9. Tomok - Kata (hot seat: 63.25%)
Datuk Ramli Ms: “Tahniah Tomok. Awak ada nyawa yang kedua, awak sangat happy bila masuk. Jadi awak tahu apa yang datang, dengan siapa awak bertanding.”
Hetty Koes Endang: “Stage performance awak memang nombor satu tetapi pertandingan tetap pertandingan. Apa yang juri inginkan harus kamu penuhi.”
10. Zamani - Langkah Seiringan (hot seat: 61.25%)
Hetty Koes Endang: “Kalau bunda perhatikan orang lama berbeza menyanyi dengan orang baru. Tak dengar bunyi tarik nafas. Teknik kamu memang teknik orang lama. Zamani jaga kesihatan, mudah-mudahan berjaya.”
11. Azharina - Angkara (59.75%)
Hetty Koes Endang: “Bagus nyanyi dari awal smpai korud tapi dalam menyanyi harus ada dinamik jangan force. Bagus tapi harus bercerita. Tapi untuk malam ini enjoy. Sukses, jaga kesihatan.”
12. Suki Low - Hanya Di Mercu (hot seat: 58.50%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Kita boleh nampak yang hotspot ni memang nampaknya sangat mantap nyanyiannya. Jadi piawaian pertandingan ini sangat tinggi. Persembahan Suki baik, support your body, don't use too much on your throat sebab nak guna sampai ke final. See you in the final. Insya-Allah.”
13. Ayai Ilusi - Cinta Beralih Arah (55.50%)
Hetty Koes Endang: “Menurut bunda kamu layak jadi juara di GV1 cuma hanya sedikit saranan iaitu tempo. Sukses buat kamu.”
14. Siti Nordiana - Beribu Sesalan (54.00%)
Syafinaz Selamat: “Suara sedap lembut je, cuma nasihat saya setiap lagu ada karakter tersendiri, kadang kala perlu inject power, main dengan power dan warna suara. Persembahan tadi sangat mengasyikkan, jaga nada rendah dan habiskan frasa frasa yang Nana nyanyikan.”
15. Datuk Aishah - Gemilang (51.25%)
Datuk Ramli Ms: “Berbeza sangat berbeza, sekarang tenaga dan okey. Saya jumpa minggu depan kalau ada lagi.”
16. Cliff Umar - Sayang Sayang (50.50%)
Datuk Ramli Ms: “Saya dah tengok semua performance, ambil Naqiu as reference, itu adalah KPI. Kalau nak setara pun okay tapi kalau ke depan lagi bagus. KPI kena macam Naqiu.”
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9)
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. -Gempak
Gempak
Mon Sep 25 2023
Tidak hanya persembahan mantap diberikan oleh kesembilan juara tetapi juga pengumuman enam bintang hot seat GV10 yang membuatkan netizen tidak senang duduk. -Gempak
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
GV10 kembali dihoskan Nabil dan Jihan.. "Terima kasih, Kak Kepom"
Elly Mazlein membuat keputusan mengundurkan diri daripada mengacarakan ASGV selepas selesai minggu ketiga.
GV10: Kak Lina undur diri, Nabil Ahmad 'speechless'
Pengacara Nabil Ahmad mengakui dia juga berasa terkejut apabila mengetahui keputusan rakan setugasnya iaitu Elly Mazlein mengundur diri.
Tiada kaitan dengan Aliff, saya ada hak pergi GV untuk sokong sesiapa - Sophia Albarakbah
Kata Sofea, dia hadir bagi menemani dan memberikan sokongan kepada sepupunya Aisha Retnio yang membuat persembahan untuk slot GV Live.
GV10: "Maaf sentiasa di bibirnya" - Elly Mazlein dedah sikap sebenar Azharina
Pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10), Elly Mazlein mendedahkan sikap sebenar Azharina yang merupakan bintang program berkenaan.
"Tiada pilih kasih dalam penjurian All Stars Gegar Vaganza" - Tok Ram
"Komen kami mungkin berlapik tetapi tiada favoritism... kalau ada favoritism rasanya tak akan keluar semua bintang sampai akhir," jelas Syafinaz Selamat.
GV10: Ayai, Zamani dan Aishah di paras bahaya, Tok Ram beri amaran
Semua bintang perlu melakukan persembahan lebih baik di konsert keempat memandangkan minggu tersebut mereka bakal berduet dengan artis undangan.
GV10: Senarai lagu tugasan konsert ketiga bertemakan 'putar kiri putar kanan'
Penyingkiran Cliff Umar serta Suki Low tidak mematahkan semangat 14 bintang yang meneruskan perjuangan untuk minggu ketiga Ahad ini.
Aishah kongsi jadual padat di GV10 dari Isnin hingga Ahad, ini rupanya yang berlaku
Tidak hanya menyanyi, para bintang juga memiliki komitmen lain yang harus dilaksanakan setiap minggu.
GV10: 'Dah level legend, kenapa nak masuk?' - Ezad Lazim dedah penampilannya tidak diketahui Exists
Ezad percaya penglibatannya di GV10 tidak menjejaskan kedudukannya selaku vokalis kumpulan berkenaan, serta persiapan persembahan yang bakal dilakukan mereka pada masa depan.
GV10: 'Dia keluar seorang, control satu pentas' - Ramli MS jawab jadikan Naqiu sebagai KPI
Menjelaskan perkara itu, Ramli berkata kualiti persembahan dan kredibiliti seperti Naqiu itulah yang sepatutnya dipersembahkan di pentas GV10.