Album 25 oleh Adele memenangi anugerah Album Terbaik pada majlis Anugerah Grammy ke-59 yang telah berlangsung di Los Angeles, hari ini.

Dia mengalahkan Lemonade oleh Beyonce, Purpose oleh Justin Bieber, Views oleh Drake dan A Sailor’s guide to Earth oleh Sturgill Simpson, pada kemuncak anugerah industri muzik terbesar itu.

Selain itu, Adele juga memenangi kategori Rekod Terbaik, Lagu Terbaik, Persembalan Pop Solo Terbaik dan Album Pop Vokal Terbaik.

Dalam ucapan terakhir, Adele memgambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakannya atas sokongan mereka.

Penyanyi itu turut memberi penghormatan kepada Beyonce menerusi satu ucapan yang sangat menyentuh hati.

Adele berkata, ia agar sukar untuk dia menerima trofi tersebut, menewaskan penyanyi legenda itu.

"Artis kegemaran dalam hidup saya adalah Beyonce. Album ini kepada saya, album Lemonade, adalah begitu monumental," kata Adele.


Beyonce pula berjaya memenangi kategori Album Urban Kontemporari Terbaik dan Muzik Video Terbaik untuk albumnya, Lemonade.

Manakala mendiang David Bowie yang tercalon dalam 5 kategori tahun ini, menang kesemuanya menerusi album Blackstar.

Tahun lepas, Taylor Swift muncul sebagai penyanyi wanita pertama memenangi anugerah Album Terbaik buat kali kedua.

Selepas menerima anugerah berprestij itu, Taylor menyampaikan mesej khas kepada semua golongan wanita yang meraih pujian netizen dari serata dunia