PELAKON Annie Arifin, 40, terkilan dengan tindakan produser yang didakwa menjual gosip sensasi demi melariskan filem.
Annie mendakwa produser filem Vik2ria Secret, Richard Ung pernah memberi cadangan menyebarkan gosip skandal atau kahwin dengan pelakon dan pengarah, AR Badul, tetapi tidak dipersetujuinya.
“Dua tiga bulan lalu, Richard beri cadangan gosip ini, tetapi saya tak setuju. Kesannya bukan sedikit untuk saya dan keluarga tanggung malu.
“Sejak awal, saya tolak dan marah-marah. Sampaikan saya pernah ugut nak saman jika cerita peribadi dan gosip bukan-bukan keluar.
“Bagaimanapun, saya terkejut bila gosip nikahi AR Badul tersebar sehari selepas malam gala filem, minggu lalu.
“Tentulah saya amat kecewa. Lebih membuatkan emosi tertekan bila tidak henti terima panggilan ahli keluarga, rakan dan orang kampung bertanyakan isu kahwin dengan pengarah legenda ini,” katanya.
Penerbit janji tak ulas isu peribadi
Annie mendakwa, lebih membuatkan dia rasa terkilan Richard sudah berjanji isu peribadi tidak akan jadi bahan disensasikan.
“Bila gosip ini timbul, tentulah orang pertama yang saya terdetik adalah Richard. Sebabnya, ini adalah ideanya sejak awal lagi.
“Sebenarnya AR Badul pun tidak bersetuju ketika perbincangan dilakukan. Richard sendiri beri jaminan akan halang atau tukar topik jika isu peribadi ditanya.
“Namun, saya lihat video yang keluar di media sosial, Richard tidak pula cuba menghalang ketika gosip ini diajukan.
“Mana janjinya? Saya masih menyimpan tangkap layar perbualan dengan Richard yang memberi jaminan akan menghalang jika isu skandal dan nikah kahwin ditanya, tetapi kenapa tak buat?,” katanya.
Tak setuju cipta gosip aib
Ujarnya, bukan sekali dua pesanan diberikan kepada Richard tetapi banyak kali.
“Apabila filem nak keluar, saya lebih kerap ingatkan Richard, jangan sesekali keluarkan kisah peribadi, apatah lagi, gosip skandal atau berkahwin dengan AR Badul yang pernah berkali-kali dirancang sebelum ini.
“Sebelum ini, saya pernah bertikam lidah dengan Richard ketika dia memberi cadangan nak buat gosip sensasi kononnya nak naikkan nama saya.
“Saya tak izin dan tak suka cerita mengaibkan. Kalau saya nak buat gosip sensasi sejak dulu lagi bukan pada usia 40 tahun dan ada anak.
“Sudah 10 tahun bergelar pelakon dan tak pernah terpalit isu skandal atau gosip tak masuk akal.
“Saya jadi pelakon bukan nak kejar nama atau glamor, hanya nak cari rezeki buat keluarga,” tambahnya.
Punca tak hadir malam gala
Ujar Annie, dia tidak dapat hadir pada malam gala disebabkan bapanya sakit di kampung.
“Sepatutnya saya hadir malam gala, takkan saya tak beri sokongan filem pertama yang menampilkan saya sebagai watak utama.
“Tapi, beberapa hari sebelum malam gala, saya terima panggilan bapa sakit di kampung.
“Saya bergegas pulang ke kampung di Kedah, jadi tiada isu saya nak boikot filem ini.
“Richard tahu bapa saya sakit, malah beri keizinan saya tidak hadir malam gala.
“Sedihnya, bapa tengah sakit ketika gosip kahwin ini tersebar, kecoh satu kampung. Mana saya dan keluarga nak letak muka?” katanya lagi.
Penganiayaan
Annie mendakwa, tindakan produser itu satu penganiayaan terhadap dirinya.
“Saya anggap ia disengajakan. Kenapa saya cakap disengajakan kerana Richard mahupun AR Badul tahu saya tak izin dan tak suka.
“Kenapa tak halang, sedangkan berjanji akan halang dan tepis persoalan gosip atau cerita peribadi?
“Richard bukan hanya berjanji di hadapan AR Badul, malah rakan-rakan saya juga ada mendengarnya sebagai saksi.
“Jadi, saya tampil buat kenyataan bukan mahu buat kecoh, sebaliknya nak bersihkan nama. Saya nak tegaskan, saya tak pernah ada skandal atau berkahwin dengan AR Badul.
“Kami hanya bekerjasama dalam filem Vik2ria Secret arahannya.
"Saya anggap AR Badul sebagai guru. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan saya sangat berterima kasih dan menghargainya,” katanya.
Gesa Richard mohon maaf
Sehubungan itu, Annie mohon Richard membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu ini.
“Saya betul-betul malu dan rasa dianiaya. Ini bukan gimik atau isu nak lariskan filem, ini soal maruah saya.
“Jadi, saya mohon Richard buat permohonan maaf secara terbuka dan tampil berbincang untuk selesaikan isu ini.
“Saya beri tempoh seminggu. Jika tiada apa-apa tindakan, saya akan rujuk pada peguam untuk tindakan susulan.
“Saya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Setapak pada Khamis lalu,” tambahnya.
Terdahulu, Annie memegang watak utama dalam filem terbitan Sheunik Sdn Bhd itu.
Selain Annie, filem menemui penonton di pawagam sejak Khamis lalu itu turut dibintangi Ropie, Man Raja Lawak, Che Mat, Fiza Halim, Wan Gegau, Amaris dan Fared Adnan. -Gempak
Gempak
Sun Jun 18 2023
Annie mohon Richard membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu. -Gempak
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Gosip kahwini AR Badul, Annie Arifin beri tempoh seminggu buat permohonan maaf terbuka
Annie mendakwa produser filem Vik2ria Secret, Richard Ung pernah memberi cadangan menyebarkan gosip skandal atau kahwin dengan pelakon dan pengarah, AR Badul, tetapi tidak dipersetujuinya.