GOOGLE hari ini memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan Gemini Live, iaitu sokongan berbual dan berkomunikasi dalam bentuk suara bersama Gemini.

Pengguna boleh menggunakan sejumlah pilihan suara untuk berkomunikasi, di mana Gemini Live akan mengenal pasti konteks, serta berbual bersama ia dalam mendapatkan pelbagai maklumat.

Secara kasarnya, ia membawa sokongan kecerdasan buatan generatif Gemini, tetapi kini anda boleh lakukan input dan menerima hasil dalam bentuk suara.



Selain mengaksesnya dengan mudah, Gemini Live ini turut boleh diaktifkan apabila peranti dalam bentuk skrin tertutup.

Namun, buat masa ini, ia hanya ditawarkan dalam mod berbayar untuk pelanggan Gemini Advance, selain terhad kepada komunikasi dalam bahasa Inggeris.

Di Malaysia, langganan Gemini Advance ditawarkan pada harga RM97.99 yang turut hadir bersama storan sebanyak 2TB, di bawah pelan Google One. -Amanz