Astro Awani
Sat Dec 14 2013

Filem "12 Years A Slave" mendapat pencalonan terbanyak untuk Anugerah “Golden Globe” dengan tujuh pencalonan. Bagaimanapun, filem itu bersaing sengit dengan "American Hustle" yang menerima jumlah pencalonan serupa.
"12 Years A Slave" merupakan filem berdasarkan memoir Solomon Northup lelaki yang diculik dan dijual untuk dijadikan hamba pada 1853.
Selain pengarah dan filem terbaik drama, filem itu turut menerima pencalonan untuk pelakon utama dan pembantu lelaki terbaik serta pelakon pembantu wanita terbaik.
"American Hustle" pula menerima tujuh pencalonan termasuk filem terbaik komedi atau muzikal, pengarah terbaik serta pelakon pembantu wanita terbaik untuk Jennifer Lawrence.
Antara kategori yang menjadi perhatian utama ialah pelakon wanita terbaik drama yang mencalonkan Sandra Bullock untuk filem "Gravity".
Dia bakal bersaing dengan Judi Dench dari "Philomena", Cate Blanchett dari "Blue Jasmine", Emma Thompson "Saving Mr. Banks" dan Kate Winslet dari "Labor Day".
Sementara itu, pengkritik filem agak terkejut apabila "The Butler" tidak mendapat sebarang pencalonan.
Begitu juga dengan kategori televisyenapabila tiada penerbitan dari syarikat gergasi HBO dicalonkan.
"The Butler" filem arahan Lee Daniels merupakan kisah benar Cecil Gaines yang menjadi pembantu White House selama pentadbiran lapan presiden.
Anugerah "Golden Globe" yang dianjurkan Hollywood Foreign Press Association bakal berlangsung pada 12 Januari depan.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Lupita Nyong'o dinamakan 'Personaliti Paling Cantik 2014'
Lupita Nyong'o telah dinamakan sebagai Orang Paling Cantik bagi tahun 2014 oleh majalah People.

Ditonton 43juta orang, namun siapa Adele Dazeem?
Anugerah Oscar 2014 mencatatkan lebih 40 juta penonton, selain momen menarik dan lucu sepanjang ianya ke udara.

Dan Oscar menjadi milik...
Siapa bakal membawa pulang trofi Oscar? Syazwan Zakariah menulis ramalannya siapa yang bakal memenangi anugerah berprestij Academy Awards atau Oscar tahun ini.

12 Years A Slave diangkat Filem Terbaik BAFTA
Filem Gravity mendominasi Anugerah BAFTA apabila membawa pulang enam trofi termasuk Pengarah Terbaik untuk Alfonso Cuaron.

American Hustle menang besar di Anugerah Golden Globe
Amy Adams dan Jennifer Lawrence menang untuk filem mereka 'American Hustle.'

Gravity terima 11 pencalonan BAFTA
Gravity mendahului saingan lain apabila mendapat 11 pencalonan untuk Anugerah BAFTA.

Golden Globe, dua filem terima tujuh pencalonan
Filem "12 Years A Slave" dan "American Hustle" mendapat pencalonan terbanyak untuk Anugerah -Golden Globe- dengan tujuh pencalonan.