Para peminat drama popular Korea di negara ini, bakal disajikan dengan drama Korea terbaharu yang penuh sensasi berjudul "Glamorous Temptation" secara eksklusif pada 6 Oktober menerusi saluran Oh!K (Astro saluran 394).

Drama yang dibarisi ramai bintang-bintang drama popular Korea bakal membuat tayangan perdananya pada hari yang sama ia ditayangkan di Korea.

Siri baharu ini menceritakan kisah dua rakan karib dalam misi untuk meneruskan kehidupan yang glamor dan membawa penonton kepada spektrum penuh liku-liku serta saat-saat manis dan sedih yang terpaksa mereka tempohi.

Drama ini turut menyelitkan nilai-nilai kekeluargaan termasuk pengorbanan untuk keluarga, cita-cita dalam mengecapi kejayaan dalam dunia yang penuh saingan.

Ia akan dibarisi gabungan pelakun muda serta bintang yang semakin menonjol iaitu Kim Sae-Ron sebagai Shin Eun Soo dan Cha Ye Ryun sebagai Kang II Joo.

Glamorous Temptation akan mula ditayangkan pada jam 8.55 malam dalam Bahasa Korea dengan sarikata dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.