TAHUN 2022 menyaksikan pelbagai cerita dan kisah selebriti dari suka, duka dan tidak kurang juga yang ‘panas’ sebagai asam garam kehidupan.
Selebriti juga manusia biasa tidak dapat lari dari melalukan kesilapan dan kekhilafan, setiap yang buruk pasti menjadi tauladan buat mereka.
Sebagai pengajaran buat selebriti lain dan kita sebagai manusia, Gempak senaraikan cerita trending dan kontroversi selebriti sepanjang 12 bulan ini.
#1 Neelofa Dedah Wajah Bilal
Selepas usahawan pengacara popular, Neelofa melahirkan anak sulungnya Muhammad Bilal, netizen mula mengasaknya supaya mendedahkan wajah bayinya.
Malah mula tular foto seorang bayi yang didakwa netizen adalah putera Neelofa dan PU Riz. Pelbagai reaksi netizen terhadap tindakan Neelofa yang bertahan tidak mendedahkan wajah anaknya sehingga usia lima bulan.
Video yang dikatakan dirakam secara sembunyi, dipercayai diambil di sebuah klinik.
Susulan itu Neelofa dilaporkan terkilan dengan tindakan pihak berkenaan kerana dia dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail sudah merancang untuk memperkenalkan Bilal.
Namun, teka-teki wajah cahaya mata Neelofa terjawab apabila dia mendedahkan wajah anaknya kepada umum dalam satu perkongsian video di media sosial, Oktober lalu.
#2 Ismail Izzani gosip hamilkan gadis dan tular ‘bercium’ di kelab malam
Nama penyanyi Ismail Izzani agak panas pada tahun ini. Bermula dengan satu hantaran DM (mesej Instagram) yang tular menuduh Ismail sudah berkahwin dengan seorang wanita kerana melakukan seks rambang sehingga wanita terbabit mengandung.
Namun ibu kepada Ismail sendiri telah menafikannya serta mendakwa foto yang tular seperti mereka sudah bernikah itu diambil ketika majlis perkahwinan rakan anaknya.
Dalam tahun yang sama juga nama Ismail menjadi panas apabila videonya tular bersosial dengan memeluk dan cium seorang wanita di kelab malam. Penyanyi itu mengelak memberi kenyataan kepada media namun sempat menjelaskan di IG Story bahawa ia satu kesilapannya dan meminta maaf.
#3 Noh Salleh ludah atas pentas
Selepas bercerai dengan Mizz Nina, nama Noh Salleh tidak lama kemudian menjadi sebutan selepas dikecam hebat apabila video memaparkan aksi vokalis kumpulan Hujan itu meludah di atas pentas.
Aksi itu dirakam ketika menjayakan sebuah persembahan, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, September lalu.
Dalam video tersebut, Noh dilihat tanpa rasa bersalah meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan di hadapan ratusan penonton.
Pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad, tampil menjelaskan bahawa Noh terkena sedikit renjatan elektrik kerana mikrofon dipegang mengalami masalah ketika meletakkan mikrofon berhampiran mulutnya.
Katanya, disebabkan itu Noh secara spontan meludah di atas pentas bagi menghilangkan rasa kebas di mulut.
#4 Dolla seksi, baju mencolok mata
Isu pakaian seksi dengan penyanyi wanita berkumpulan, Dolla tidak asing lagi namun kali ini mereka dikecam teruk susulan tampil dengan imej dan busana mencolok mata dalam festival muzik yang berlangsung di sebuah taman tema air popular, September lalu.
Rata-rata netizen berpendapat Dolla tidak mencerminkan imej sopan diterapkan di kalangan rakyat Malaysia.
Namun Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya sepakat telah meminta maaf secara terbuka denga napa yang berlaku malah akan lebih berhati-hati di masa hadapan.
#5 Qistina Raisah, remaja 14 tahun bercinta lelaki dewasa
Tahun ini, nama pelakon remaja Qistina Raisah beberapa kali menjadi perbualan hangat netizen dan paling dikecam teruk apabila dia memuat naik foto bersama seorang lelaki.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Qistina bergambar bersama seorang lelaki yang dipercayai adalah teman lelakinya dengan kapsyen nama akaun Instagram lelaki terbabit serta emoji hati.
Susulan daripada hantaran berkenaan, warganet meluahkan rasa bimbang kerana pelakon terbabit baru sahaja berusia 14 tahun dan lelaki di dalam gambar itu kelihatan agak dewasa.
Dalam pada itu, netizen turut memberi pesanan kepada lelaki tersebut supaya menamatkan hubungan jika benar mereka bercinta.
#6 Yasin didakwa edar dadah, berdepan hukuman mati
Bekas penyanyi nasyid dan komposer lagu, Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium, 24 Mac lalu.
Pelantun lagu Mimpi Laila itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Norshila Kamaruddin.
Yasin turut tidak mengaku salah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Dia mendakwa menghidap penyakit bipolar dan merayu kepada Mahkamah Majistret diberikan jaminan
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Sat Dec 31 2022
Tahun 2022 menyaksikan pelbagai cerita dan kisah selebriti dari suka, duka dan tidak kurang juga yang panas sebagai asam garam kehidupan. - Gambar GEMPAK
[TERKINI] Kenaikan tarif elektrik tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan membebankan rakyat majoriti, sebaliknya ia hanya melibatkan golongan atasan.
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
#GempakWrapped2022: Cerita panas dunia selebriti, ini yang paling trending dan kontroversi!
Setiap tahun, dunia hiburan tempatan tidak pernah sunyi dengan kontroversi.