KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, dengan suasana endemik di Malaysia, Kuala Lumpur Garden of Eid Festival (GOE) 2022 bakal mempersembahkan sebuah festival yang bersifat Islamik namun santai dan menghiburkan.
Diberi nama Garden of Eid Festival, ia diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al Quran sebagai jannah atau syurga.
GOE juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Acara ini menepati konsep festival yang melestarikan kerohanian dan agama namun disampaikan dalam suasana yang kasual selain menampilkan hiburan yang menetapi syariah sekali gus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.
Menggabungkan barisan selebriti popular diketuai oleh kumpulan yang banyak mengharumkan nama negara lewat alunan muzik kerohanian, Raihan, GOE juga diserikan dengan penyanyi masyhur lain yang sentiasa mengetengahkan mesej positif dalam setiap karya mereka.
Penyanyi-penyanyi lain yang disenaraikan ialah Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet (selaku hos) yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei ini bermula pukul 8.30 malam di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.
Dalam usaha memberikan kelainan juga, penganjur turut menampilkan seniman hebat Indonesoa, Ahmad Dhani yang akan muncul di malam penutup GOE.
Ahmad Dhani diterbangkan khas dari negara jiran itu bagi menjayakan persembahan ‘Malam Munajat Cinta’ pada 29 Mei ini juga di lokasi dan waktu yang sama.
Kemunculan Ahmad Dhani tentu sekali menjadi tarikan utama dalam kalangan peminat setianya yang pasti tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan istimewa.
Tidak semata mata mengangkat hiburan, festival ini turut menonjolkan gaya hidup masyarakat masa kini tanpa membelakangkan agama dan kekal dengan nilai nilai murni lewat pelbagai aktiviti untuk generasi muda seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding).
Malah, pendekatan pendidikan kanak kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan karakter animasi Islamik yang sudah masyhur di peringkat dunia, Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.
Bagi kumpulan nasyir tersohor negara, Raihan, mereka sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk mengadakan persembahan yang disifatkan unik kerana hanya menggunakan peralatan perkusi sebagai iringan persembahan.
“Kami berharap GOE memberikan kelainan kepada masyarakat untuk mendapat hiburan bersama sambutan Aidilfitri di samping mengetengahkan tema menggunakan alat-alat perkusi untuk alat muzik yang jarang dipersembahkan di negara kita,” kata Raihan.
Sementara itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Assalammualaikum, Faizal Tahir juga mengharapkan pengunjung GOE akan mendapat daripada pengisian malam berkenaan.
“Selain dapat meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan, saya berharap pengunjung yang hadir mendapat manfaat dari bulan Syawal yang kita raikan,” ujar Faizal.
Dengan tema The Great Reunion (metafora kepada kegembiraan selepas berjaya mengharungi pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa pandemik), festival ini akan berlangung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei ini.
Turut mengisi jadual selama tiga hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam festival berlangsung adalah sesi perkongsian motivasi dan bual bicara santai tentang kemanusian serta pendidikan Islam secara umum.
Jika sudah namanya festival, tidak lengkap ia tanpa ‘makan makan’. Makan beragam jenis juadah yang berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’ dijual dari food truck akan memenuhi cita rasa pengunjung.
Dan menjadi bonus, budaya sambutan perayaan dari beberapa negara nusantara dan jiran termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung.
* Festival Garden of Eid akan berlangsung pada 27 hingga 29 Mei ini di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Astro Awani
Thu May 19 2022
Buat julung kalinya, dengan suasana endemik di Malaysia, Kuala Lumpur Garden of Eid Festival (GOE) 2022 bakal mempersembahkan sebuah festival yang bersifat Islamik namun santai dan menghiburkan.
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Gema muzik Islamik di Panggung Anniversari
Raihan, Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Naim Daniel Ahmad Dhani bakal serikan GOE, acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.