PEMINAT K-Pop pasti kenal siapa G-Dragon. Anggota BigBang itu kini berehat dua tahun daripada kumpulan itu kerana menyertai khidmat ketenteraan Korea Selatan.

G-Dragon ketika ini menjalani latihan asas yang mengambil masa lima minggu sebelum mendapat tugasan rasmi pertamanya.

Dia dijadual menamatkan khidmat ketenteraan wajib itu pada 26 November 2019.

G-Dragon Februari lalu sempat menghabiskan masa bersama kesemua anggota BigBang dan Ketua pegawai Eksekutif (CEO) YG Entertainment Yang Hyun-suk. Foto itu kemudian dikongsi di Instagram.

G-Dragon dalam pertengahan latihan asas fasa pertama. - Foto metro.co.uk

Sebelum ini seorang lagi anggota BigBang T.O.P. telah dipilih menyertai khidmat ini dan bulan lalu dia ditugaskan sebagai pekerja khidmat awam.

T.O.P sebelum itu ditugaskan membantu anggota polis namun digugurkan daripada tugas kerana didapati bersalah kerana positif ganja.

Baca: 'Saya terima hukuman tersebut, maafkan saya' - T.O.P dihukum penjara