BARU-baru ini, pemain bola sepak tersohor, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai individu dengan pengikut (Followers) paling ramai di Instagram.

Ketika artikel ini ditulis, pemain bola berusia 38 tahun itu mempunyai lebih 600 juta pengikut.

Tidak hanya itu, Ronaldo juga merupakan individu, lelaki, ahli sukan dan warga Eropah pertama yang mempunyai pengikut melangkaui angka 600 juta.

Jika Ronaldo menduduki tempat pertama sebagai individu dengan pengikut paling ramai di Instagram, siapakah yang menduduki sembilan tangga di bawah?

Jom semak!

1 Cristiano Ronaldo (600 juta pengikut)
2 Lionel Messi (482 juta pengikut)
3 Selena Gomez (427 juta pengikut)
4 Kylie Jenner (398 juta pengikut)
5 Dwayne Johnson (388 juta pengikut)
6 Ariana Grande (378 juta pengikut)
7 Kim Kardashian (363 juta pengikut)
8 Beyonce (315 juta pengikut)
9 Khloe Kardashian (311 juta pengikut)
10 Kendall Jenner (293 juta pengikut)