Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berhasrat menghasilkan lebih banyak filem berunsur kenegaraan demi menyemai filem berunsur kenegaraan.

Ketua Pengarahnya Datuk Kamil Othman berkata filem sedemikian juga diharap dapat diketengahkan ke persada antarabangsa bagi menonjolkan keupayaan pengeluar filem tempatan bersaing di peringkat global.

"Ramai yang mempertikaikan hasrat kita (FINAS) untuk membawa filem kenegaraan ini ke peringkat antarabangsa yang bertaraf "Oscar".

"Namun kita yakin hasrat itu mampu dicapai," katanya ketika berucap pada Seminar dan Forum Filem Malaysia dalam Konteks Mas yarakat Hari ini di Auditorium Content Malaysia Pitching Centre di sini pada Sabtu.

Katanya, FINAS juga akan turut membantu memberikan dana kepada penggiat seni yang menghasilkan skrip berkualiti untuk difilemkan.

Turut hadir pengeluar filem tempatan antaranya Bernard Chauly, Sandosh Kesavan, Wong Tuck Cheong dan Tan Chui Mui.

Forum itu bertujuan menilai peranan dan sumbangan para karyawan filem dalam penghasilan seni filem kebangsaan dan merangka anjakan baharu dalam seni itu.

Ia juga untuk memberi galakan baharu kepada peranan serta sumbangan karyawan pelbagai kaum dalam membangunkan seni dan industri filem kebangsaan.