KUALA LUMPUR : Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam masa terdekat akan mengumumkan penerbitan 65 buah filem tempatan yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, ia merupakan usaha dilakukan pelbagai pihak termasuk FINAS dalam usaha menghidupkan semula industri perfileman negara.
Menurutnya, beliau berharap semua filem tersebut akan diterima dan mendapat sambutan.
“Kita melihat rakan strategik dalam industri berganding bahu bersama. Ini adalah usaha dan perkembangan yang baik.
“Untuk membiarkan FINAS sahaja melakukan perkara-perkara ini memang tidak menjadi tapi apabila ia disokong industri, saya yakin ia akan sampai ke tahap seperti sebelum COVID-19,” katanya kepada Astro AWANI.
Bahkan, beliau juga menyuarakan keyakinan industri perfileman negara mampu bangkit semula pada tahun ini.
Beliau ditemui ketika menghadiri program Jom Sapot Lokal Filem 2021 di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada Selasa yang turut dihadiri beberapa pelakon popular negara.
Jom Sapot Lokal Filem 2021 bukan saja bertujuan untuk mempromosikan filem baru tempatan malah merupakan komitmen pihak berkaitan dalam membantu industri.
Kempen itu merupakan kerjasama Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro dan Six Fun Media.
Dalam pada itu, beberapa pelakon yang ditemui menyambut baik kempen tersebut dan berasakan ia mampu menghidupkan semula filem tempatan.
Menurut pelakon dan pengacara, Alif Satar: "Adalah bagus melihat sokongan ramai daripada pelbagai pihak untuk sokong filem tempatan. Sebab apa, sekarang ini banyak produksi yang sudah mula keluarkan filem-filem tempatan apabila filem luar negara berehat seketika.
“Sudah tiba masa untuk filem tempatan menyerlah,” katanya ketika ditemui dalam majlis berkenaan.
Pelakon, Azrel Ismail pula berkata: "Saya memang teruja sebab dah lama filem lokal kita tak muncul di wayang. Ini adalah salah satu cara untuk kita naikkan balik filem-filem tempatan kita," katanya.
Pelakon dan penyanyi, Anas Ridzuan, pula berkata: "Selepas kita menghadapi COVID-19, ini masanya untuk kembalikan industri filem kita ke tahap yang lebih baik, lepas PKP, rasanya ia boleh lebih baik daripada sebelum ini,” katanya.
Dalam majlis tersebut, enam filem telah diumumkan iaitu Biko, Rasuk, Wayang Puaka, Rumah Maduku Berhantu, 3 Janda dan Airforce The Movie: Selagi Bernyawa.
Ridauddin Daud
Tue Apr 06 2021

Zakaria berkata, ia merupakan usaha dilakukan pelbagai pihak termasuk FINAS dalam usaha menghidupkan semula industri perfileman negara. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.

Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.

FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.

FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.