Badan penapisan filem Indonesia, Lembaga Sensor Filem (LSF), meluluskan tayangan filem Avengers: Infinity War namun dengan durasi yang lebih pendek dari durasi asal.
Portal berita Kompas.com melaporkan, di Indonesia, filem berkenaan menjadi 149 minit iaitu 7 minit lebih pendek dari durasi asal iaitu 156 minit, atau 2 jam 36 minit.
Filem berkenaan itu juga diklasifikasikan bagi tayangan 13 tahun ke atas yang menurut LSF mempunyai unsur-unsur keganasan.
Menurut Ketua LSF Ahmad Yani Basuki, keputusan pemotongan beberapa adegan itu diambil oleh pasukannya setelah mengambil kira klasifikasi usia yang ditetapkan.
"Masing-masing kriteria umur ada tapisannya. Jika ia tidak sesuai untuk satu-satu umur, filem itu akan ditapis," katanya kepada Kompas.
Jelas Ahmad Yani, filem-filem adiwira pastinya ada adegan yang menunjukkan aksi ganas, mahupun dialog yang tidak sesuai untuk tontonan lingkungan usia tertentu.
"Kalau untuk tontonan 13 tahun ke atas, penonton yang berusia seperti itu ada kecenderungan untuk meniru. Memang sesuatu itu harus ada batasan-batasannya.
"Jika penilaian (LSF) jelas, ia ada kaitannya dengan soal usia penonton. Maka harus dinilai setakat mana terdapat elemen keganasan, kelucahan, atau hal-hal lain (yang tidak bersesuaian)," kata Ahmad Yani.
Filem Avengers: Infinity War dijangka mampu mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah filem Marvel.
Filem ini mengisahkan perjuangan barisan adiwira ini menghalang watak jahat, Thanos, daripada mengumpul kesemua enam 'infinity stone'.
Avengers: Infinity War bakal membuka tayangannya di seluruh dunia bermula 25 April ini selepas tayangan perdananya di Los Angeles pada 23 April.
Agensi
Sat Apr 14 2018
Jelas Ahmad Yani, filem-filem adiwira pastinya ada adegan yang menunjukkan aksi ganas, mahupun dialog yang tidak sesuai untuk tontonan lingkungan usia tertentu. - YouTube Marvel
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Filem 'Avengers: Infinity War' untuk tayangan Indonesia dipotong 7 minit
Di Indonesia filem berkenaan menjadi 149 minit iaitu tujuh minit lebih pendek dari durasi asal iaitu 156 minit atau 2 jam 36 minit.