BUNYINYA agak lucu tetapi realitinya benar-benar terjadi pada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang sepatutnya menjadi penumpang kenderaan Grab bertukar menjadi pemandu.

Kejadian ini berlaku semasa beliau menempah sebuah kenderaan menggunakan aplikasi Grab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk pulang ke rumahnya.

Menceritakan kejadian tersebut, Fazley memberitahu, niatnya menjadi pemandu semata-mata kerana mahu membantu pemilik kenderaaan itu yang panik apabila tidak dapat memandu keretanya sewaktu hujan.

Lebih membuatkan pemandu Grab itu panik ialah apabila wiper keretanya tidak berfungsi.

“Hari ini saya balik dari KLIA, saya book Grab. Tiba2 dalam perjalanan balik, mula hujan lebat dan wiper kereta tu pulak mati! Driver Grab tu panic dan dia cakap “Alamak! macam mana saya nak drive ni? Saya tak boleh nampak dalam hujan tanpa wiper!”

“Saya kata, “Jangan risau! Saya boleh drive dalam hujan lebat TANPA WIPER!” Terus kami bertukar tempat duduk. Sambil lori dan bas besar2 laju je lalu sebelah sampai bergegar kereta Proton Exora kitaorang tengah2 highway,” tulis Fazley dalam laman sosial Instagramnya.

Menerusi entri tersebut, Fazley memuat naik videonya bertukar tempat dengan pemandu dan memandu kereta tersebut.

Pun begitu, Fazley tetap memuji pemandu Grab itu dan meminta mereka yang mengenali pemandu yang bernama Azman itu untuk memberi markah yang lebih.

“Nasib baik kami sampai juga ke rumah saya. Kelakar sebab, saya yang drive Grab car yang saya book sendiri, Grab driver pulak jadi passenger saya! Hahaha apa pun.. terima kasih banyak En Azman Ibrahim sebab izinkan saya drive kereta dalam hujan lebat, walau pun TANPA WIPER! Siapa nak saya drive??? @grabmyhe is a very good driver! Please give him extra service points ok!,” katanya lagi.

Entri penyanyi lagu Asmara Ini itu turut mendapat banyak pujian daripada pengikutnya dan ramai di antara peminatnya yang mahu menjadi pemandu Grab supaya dapat dipandu oleh selebriti seperti Fazley.


Hari ini saya balik dari KLIA, saya book Grab. Tiba2 dalam perjalanan balik, mula hujan lebat dan wiper kereta tu pulak mati! Driver Grab tu panic dan dia cakap “Alamak! macam mana saya nak drive ni? Saya tak boleh nampak dalam hujan tanpa wiper!” . Saya kata, “Jangan risau! Saya boleh drive dalam hujan lebat TANPA WIPER!” Terus kami bertukar tempat duduk. Sambil lori dan bas besar2 laju je lalu sebelah sampai bergegar kereta Proton Exora kitaorang tengah2 highway. . Nasib baik kami sampai juga ke rumah saya. Kelakar sebab, saya yang drive Grab car yang saya book sendiri, Grab driver pulak jadi passenger saya! Hahaha apa pun.. terima kasih banyak En Azman Ibrahim sebab izinkan saya drive kereta dalam hujan lebat, walau pun TANPA WIPER! Siapa nak saya drive??? @grabmy he is a very good driver! Please give him extra service points ok!

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on